0003

124 12 0
                                    

VN 0003, 18 Jun 2014

Sesi jumpa doktor pakar jantung untuk Ibu telahpun berjalan dengan lancar. Lepas ni, ada kelas Engineering pula jam 2 petang. Segera dicapai semua buku atas meja miliknya dan Saffiyah.

Universiti Puncak Alam dan rumahnya hanya 10 minit sahaja. Saffa, gesa bersiap dan menghidupkan kereta Preve maroon miliknya.

"Ibu, adik pergi kelas dulu." Menjerit dari luar.

"Hati- hati dik, jangan laju sangat bawak tu. Jangan melencong kemana mana pula." Kata Ibu dari pintu. "Kalau Saffi ada kan boleh jaga kamu. Tak adalah ibu risau."

"Ibu, Saffa balik awal, jangan risau ye. Jaga diri dok rumah ni tau bu. " Saffa menghulur untuk menyalami ibunya, rutinnya sebelum keluar rumah semenjak Saffiyah hilang.

Saffa mengeluarkan iphonenya dan melihat whatsApp Saffiyah. Seperti biasa, tinggal blueticks saja.

" Akak, hari ni Saffa bawak Ibu pergi hospital. Doktor kata ibu kena banyak rest. Kak saffi bila nk pulang ? Ibu Abah rindu sangat sangat pada kak Saffi. Saffa ada kelas ni. Gotta go.. Kak, jaga diri.. "

Button dilepaskan. Sayu hatinya memikirkan Ibu dan Abah yang sangat rindukan Saffiyah.

KELAS BERMULA.

Voice Note Buat KakakWhere stories live. Discover now