Part 15

96 8 0
                                    

"Junho , goodluck . Pastikan kamu menang ya . Kalau kamu menang kali ini kamu akan pergi peringkat antarabangsa ." Kata Coach Junho sambil menepuk bahu Junho.

Junho tersenyum . "Saya tidak akan kecewakan coach ."

Coach mengangguk dan terus beredar berjumpa dengan perenang yang lain . Junho tersenyum . Dalam pada masa yang sama , telefon bimbitnya berbunyi .

"Annyeong ." Kata Taehee .

Senyuman Junho makin lebar . "Taehee-ah , miss you ."

"Ei tolonglah . Geli pulak saya dengar ." Kata Taehee dengan tawanya .

Junho mengetap bibir . "Kalau awak ada dekat sebelah saya dah lama saya liku kepala awak itu ."

Taehee tergelak . "Tak kisah pun ."

"Hei saba jelah ." Kata Junho .

"Oh , nanti awak ada pertandingan kan ? Taeyeon bagi tahu saya . Goodluck btw thanks pasal hadiah yang awak beri . Sampai post lagi ya ?" Kata Taehee .

Muka Junho sudah berubah menjadi merah . "Oh em em nanti awak pakai baju itu masa saya bertanding peringkat antarabangsa ya ?"

"Taknak ." Jawab Taehee selamba .

Junho berdecit . Cakap aje tak nak tapi buat jugak . "Eleh ."

"Apa eleh eleh ?" Kata Taehee geram .

"Hahahaha . Okay awak saya kena pergi ini . Jaga diri okay . Bye ." Kata Junho lalu menutup talian .

Taehee tersenyum . "Arasso oppa ."

Dia tidak pernah memanggil Junho oppa sebab dia rasa macam Junho itu adik dia . Sebab dari kecil lagi Junho dilindungi oleh dia kalau dibuli .

*FlashBack .

"Budak tak tahu berenang . Boooo ." Ejek budak budak yang lain .

Junho hanya menunduk dan memeluk lutut . Budak di sekelilingnya masih mengejeknya . Hampir sahaja dia menjerit ada seorang budak perempuan datang .

Pap pap pap !

"Adoi sakitlah !" Kata budak lelaki itu sambil memegang kepalanya yang dipukul oleh budak perempuan itu .

"Pukul sikit dah sakit ? Lembab ." Kata Taehee sambil mencekak pinggang dengan muka yang bengis .

Taeyeon yang disebelahnya menjelirkan lidah sambil memeluk teddy bear .

"Kau jangan berani nak ejek budak ini lagi . Kalau aku tahu kepala korang aku pukul sampai tercabut ." Jerit Taehee garang .

Semua budak yang berada di situ termakan dengan kata kata Taehee . Mereka tak nak dipikul macam tadi . Peritnya tak ada siapa yang tahu . Semua budak budak itu berlari dari situ .

Taehee mengcangkung di hadapan Junho .

"Awak okay ?" Tanya Taehee peramah .

"Oh , awak kan anak Puan Park . Nama saya Taeyeon . Saya dan Unnie budak baru dekat Dreaming House ." Kata Taeyeon yang baru berumur 5 tahun .

"Saya Taehee ." Kata Taehee dengan senyuman lebar .

Junho bagai terpaku bila melihat senyuman Taehee . "Superwoman ."

"Apa dia ?" Tanya Taehee lagi .

"Ah tak tak . Em nama saya Junho ." Kata Junho lalu senyum memandang Taehee .

*End FlashBack .

Junho memakai pakaian renang yang sudah dikhaskan . Dia berdiri di hadapan kolam renang . Dia membuat beberapa renggangan .

"Baiklah , Semua perenang boleh mengambil tempat masing masing ." Kata ketua coach yang bermisai panjang itu .

"Junho , kamu boleh buat ." Kata coach sambil menepuk kedua belah bahu Junho.

Junho tersenyum dan mengangguk . Dia tidak akan kecewakan coach dan orang yang telah menaikkan semangatnya .

Bunyi tembakan mengejutkan semua orang . Ada yang sampai sesak nafas .

Junho terjun didalam kolam dan mula berenang .

Aku boleh buat . Demi Lelaki itu , demi coach , demi Taehee , demi omma dan demi semua orang . Aku kena menang . Aku dah ada di sini tak akan aku nak berputus asa ? Aku akan masuk ke peringkat antarabangsa . Aku akan mendapatkan pingat emas . Aku akan tunaikan janji aku . Aku boleh buat !

Jerit Junho didalam hati . Kali ini dia membuat pusingan yang kedua yang akan menentukan siapa yang bakal mendapat tempat pertama . Saingannya kali ini sangat hebat .

"Dan tempat pertama dimiliki oleh Lee Junho !" Jerit pengacara dengan bersemangat .

"Lee Junho dapat pergi ke peringkat antarabangsa . Dia adalah King Of Water ! Tiada siapa yang boleh kalahkan dia !" Kata pengacara itu sekali lagi .

Junho mengangkat tangan dan mencium medal emas yang dimenanginya tadi . Dan dia akan dapatkan piala emas di peringkat antarabangsa .

Mianhae , SaranghaeWhere stories live. Discover now