Tau kan aktiviti burung hantu yang biasa kalau perkhemahan mesti ada. Kalau taktau mai cheq terang naa.. Aktiviti biasa akan buat tengah malam dalam jam 11 or 12 tengah malam dan ada jugak jam 1 pagi. Fesi akan lepaskan sorang-ii pelajar sama ada pegang tali or jalan sendiri ke destinasi ikot peta. Biasa dorang ni buat burung hantu dalam banggunan sekolah, hutan, padang, taman atau ....... kubur,. Jangan terkejut sebab aku tak tipu. Ni nak cerita sikit pengalaman kakak aku. Pengalaman sebenar and bukan mereka-ii cerita.
Kakak aku ni ahli pengakap. Ofcourse lah kena aktif. Satu hari, cikgu ada anjur perkhemahan kat satu hutan simpan ni*tempat masih dirahsiakn* Dia sukarela tawar diri sebab nak kumpul sijil untuk spm (saje jeh dia ni padahal aku tgok bersepoh sijil dlm laci). Perkhemahan ni cuma sikit je yang sertai. So dorang sampai sana dalam petang jugak kemas-ii tapak khemah and bersihkan diri. Kakak aku ni kebetulan pulok time tu dia piriod.. Kan adat khemah tak mandi sbb jimat pakaian. Malam tu aktiviti biasa jea, sebab first night kan. Kira aku cerita teruslah masa aktiviti mengejut burung hantu , malas nak cerita pasal dia gi khemah tu *jeles*sob*sob* . Malam tu dorang lepaskan pelajar tapi syarat dia pelajar takboleh lepaskan tali sbb takot sesat*kot* atau.... Akak aku ni dia check laa belakang dia lelaki depan dia pompuan. Ok cun. Tapi masa pelepasan 5 minit sorang. bila turn akak aku ni dia steady lagi. Bila dh tengah hutan tu dia rasa meremang pulak pastu angin kuat tetiba jea datang. Tadi sejuk biasa-ii jea. Dia perhati sekeliling sebab takot. Aduhh tadak manusia pulak.. dia nampak ada bayang fesi tepi pokok. So dia lepas tali then pegi arah fesi tu, dia adu dia nak balik. Alasan tak sehat. Tapi fesi tu diam je. lepas lama sikit baru dia cakap teruskan. Aduhh suara halusnyaa... sebab tak puas hati+takot, akak aku ni teroslan jugak.. sampai depan sikit dia perasan ada perempuan belakang dia. Akak aku ni curik pandang cari nametag, oke ada nametag ada mesti manusia punya., nama pompuan tu Sari Laila. Tapi kenapa senyap jea.. Sekali akak aku terkejut gilaa sebab tetiba si sari ni menjerit kuat. Pastu mengilaii. Akak ni apalagi, dia pecut sambil jerit,. Tak ingat daa pasal Sari yang tertinggal kat belakang and tali. Sampai hujung fesi tanya akak aku, kenapa. Akak aku geleng sebab takot lagi..
Esoknya akak tanya cikgu ngan fesi siapa yang dia lepaskan belakang akak, dia cakap lelaki. Jadi akak mula laa seriau. Teros tanya dorang pasal Sari Laila. Bila aku sebut jea nama ni muka belaka cuak. Ceh baru nama, akak ni siap jumpa lagi,. Bila akak tanya kenapa dorang cakap mana ada Sari Laila dalam buku peserta. So sebab muka depa cuak bila akak sebut nama tu, akak tau mesti ada rahsia ni.. akak paksa dorang bongkar or akak sebar biar peserta takot.
Ceritanya Sari ni dulu peserta jugak masa first time dorang buat perkhemahan kat situ. Mungkin dorang cuai sebab tak berjaga, Si Sari ni esok paginya jumpa mati atas pokok dengan mata terbeliak. Dorang lapor polis tapi bila siasat polis cakap mati waktu tidur,. Kira ajal la tu, aku boleh lagi terima., tapi persoalannya macam mana Sari boleh ada atas pokok, polis cakap mati waktu tidur tapi kenapa ada darah menitik kat tanah and kenapa Sari ganggu akak aku jea ? Mungkin dia sunyi or mungkin keadilan ? Who know..
P/s : Takot seyy nak tulis cerita nii.. Sari Laila.. Kesian dia..
YOU ARE READING
Rahsia Alam Persekolahan
TerrorHanya beberapa cerita seram yang suram, bolehlah dibaca untuk menghilangkan kebosanan. Sediakan milo panas dan biskut. Bacalah dalam keadaan yang terang ya dan sayangilah mata anda. sekian terima kasih ♥