Byuntae Namja

9K 212 1
                                    

Ep 1

PAKK !!!

Satu tamparan telah kena tepat pada muka kesayangan Jimin itu oleh Linzy. Jimin yang terkejut dengan tindakan Linzy itu terus menolak Linzy ke dinding dengan kuat .

"Lepaskan aku tak guna ! Lepaskan aku !!" jerit Linzy sambil meronta - ronta meminta untuk di lepas .

"Hahahaha !! Ahh ! Jangan harap aku akan lepaskan kau Linzy....berani juga ya kau tampar aku !" marah Jimin yang dalam keadaan mabuk itu kerana minum terlalu banyak arak ketika di rumah Linzy.

Linzy yang tak dapat nak melawan Jimin itu terus menendang kaki Jimin sehingga Jimin jatuh terduduk.

Linzy segera melarikan diri daripada Jimin supaya dirinya itu selamat.

Dia segera keluar dari rumahnya meninggal kan Jimin di dalam dan berlari menuju ke tasik yang berdekatan untuk menenang kan jiwanya.

******

[FLASHBACK]

"Linzy boleh tak awak bawa saya ke rumah awak awak?" tanya Jimin.

"Rasanya tak boleh lah Jimin. Mianhae." kata Linzy dengan nada yang lembut .

"Wae ? Please Linzy..Saya nak sangat pergi ke rumah awak. Tolonglah kali ini sahaja."
rayu Jimin sambil melutut di depan Linzy yang berdiri kaku di hadapan Jimin.

"Linzy, saya perlu sangat nak bercakap dengan awak di rumah awak ."
kata Jimin sambil cuba mendekati Linzy .

"Tapi ...." belum sempat Linzy menghabiskan ayatnya ,
Jimin terus menarik tangannya dan berlari menuju ke rumahnya.

Sesampai sahaja di rumah Linzy, Jimin terus mengambil kunci rumah Linzy daripada beg tangan Linzy tersebut.

Linzy tidak selesa dengan perbuatan Jimin itu dan terus menghiraukan apa yang Jimin lakukan .

"Okay jom masuk ..~" kata Jimin dengan nada yang gembira sambil melemparkan senyuman kepada Linzy .

Linzy pun membalas semula senyuman Jimin tersebut dan terus melangkah masuk ke rumahnya itu .

"Jimin seperti menyorokkan sesuatu dari aku. Tapi apa yang dia nak sorokkan eh ?"
tertanya - tanya Linzy di fikirannya itu . Dia terlalu buntu untuk memikirkan hal tersebut .

"Linzy ,kat rumah awak ada arak tak? Saya haus lah."
tanya Jimin yang sedang kehausan itu. Di sebalik pertanyaan dia , ada juga niat jahatnya ingin melakukan sesuatu terhadap Linzy.
Jimin tersenyum sinis .

"Arak ? Mm..rasanya ada kot. Sebentar ya . Saya nak pergi tengok dalam peti ais saya." kata Linzy lalu berjalan menuju ke arah peti ais nya di dapur.

"Eh ! Tak apa biar saya pergi ambil. Awak pergi masuk ke dalam bilik awak dahulu eh. Nanti saya naik ke atas. Arraseo ?"
kata Jimin sambil tergesa - gesa ingin mengambil arak tersebut di dalam peti ais .

"Hm okay ." jawab Linzy ringkas lalu menaiki tangga dan masuk ke dalam bilik nya .

Pintu ditutup dengan perlahan kerana takut Jimin salah faham yang dia itu marah padanya .

Byuntae Namja [SLOW UPDATE]Where stories live. Discover now