Ep 4"Dah dah jom kita masuk ke dalam
ya Linzy. Kita dengar je
apa yang Puan Hyemi dan
Encik Daejoon nak. Arraseo?"
arah Encik Chang kepada Linzy sambil tertawa kecil ."Dah dah lah tu Appa gelak kan Linzy. Linzy tak sukalah Appa gelak kan Linzy." dengus Linzy kepada Appanya yang tidak habis-habis lagi mentertawakannya .
Linzy dan bapanya mula melangkah masuk ke dalam rumah itu semula.
Bahu Linzy dipegang erat oleh Appanya dan membuatkan Linzy tidak senang untuk menggerakkan tangannya.
Masuk sahaja dia ke dalam rumah, Linzy segera duduk disebelah Jimin lalu memegang tangan Jimin dengan erat.
******
"Lama juga ya kita tak berjumpa ..." bisik hati Chenki yang masih lagi berdiri di hadapan tandas rumah Linzy itu .
"Puas aku cari kau selama ni Jimin dan akhrinya muncul juga ya kau dihadapan mata aku ."
kata Chenki seorang diri sambil menyeluk tangannya ke dalam poket seluarnya dan mengambil sekeping gambar yang kecil keluar dari poketnya itu .Chenki melihat gambar itu dengan teliti. Dia tersenyum sinis dan ketawa kecil selepas melihat gambar tersebut.
Dia mengoyokkan gambar tersebut lalu membuang gambar tersebut di lantai dan berlalu pergi dari tandas itu.
******
"Ehh Linzy kenapa pegang tangan saya kuat² ni ? Sakitlah"
bisik Jimin kepada Linzy yang memegang erat pada tangannya.Seperti mahu patah-patah sahaja tulang tangannya itu .
"Shushh...senyap. Dah lah tadi saya ditertawakan oleh ayah saya."
jawab Linzy sambil menutup mukanya dengan tapak tangannya itu.Peristiwa itu tidak akan pernah Linzy lupakan kerana bagi dia peristiwa ditertawakan oleh Appanya adalah peristiwa paling buruk baginya.
"Di mana Chenki ?"
tanya Encik Chang yang kehairanan apabila Chenki tidak berada disebelah Puan Hyemi ."Chenki tadi ada kat tandas." jawab Jimin selamba kepada Encik Chang.
Jimin seperti mahu muntah - muntah sahaja apabila mendengar nama 'Chenki' itu.
Hmph macam 'Sinki'.
Di dalam fikiran Jimin, Jimin tertanya-tanya siapakah Chenki ini .
Dia seperti kenal sahaja dengan Chenki itu semasa zaman sekolah menengahnya itu.
"Ahh kesah pulak aku pasal Chenki ni.. huh...dah lah sombong bongkak lak tu!" marah isi hati Jimin.
Dia masih lagi ingat akan ayat - ayat yang dilemparkan oleh Chenki kepada nya.
Haihh gila tak marah.
"Dah lah tak pernah jumpa sebelum ni pastu nak bising² lak kat aku" ujar isi hati Jimin lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Byuntae Namja [SLOW UPDATE]
FanfictionDETAILS :- Tajuk : Byuntae Namja Hero : Park Jimin Heroin : Hyo Linzy (Ulzzang) Genre : Romantic and Byuntae Sinopsis : Linzy merupakan kekasih hati kepada Jimin sejak di pangku sekolah menengah lagi. Linzy amat...