Ep 3
"Linzy.....saya rasa.....kita patut..urm" kata Jimin ragu - ragu kepada Linzy.
"yahh Jimin, awak jangan nak kata yang awak nak putus hubungan ngan saya ya. Saya tak suka tahu.
Janganlah disebabkan keluarga Chenki datang ke rumah saya tu sebab omma ngan appa saya nak kahwinkan saya dengan dia"
kata Linzy sambil mengusap - ngusap tangan Jimin dengan lembut ."Tapi Linzy...saya just rasalah yang diorang nak kahwinkan kamu dengan dia..." jawab Jimin dengan nada yang serak kerana menahan air matanya dari menitis .
Linzy yang mendengar kata - kata yang dikeluarkan oleh mulut Jimin itu segera menarik tangan Jimin masuk ke dalam rumahnya .
Linzy masuk ke dalam rumah sambil menghentak-hentak kakinya supaya Omma dan Appanya memberikan perhatian kepadanya.
Linzy berdiri di hadapan Omma dan Appanya dengan muka yang masam seperti cuka.Omma dan Appa Linzy amat hairan dengan tindakan Linzy itu .
"Linzy ,kenapa ni ?"
tanya Puan Suzy sambil mengangkat kening sebelah kanannya itu.Puan Suzy menjeling ke arah suaminya itu dan memberikan isyarat supaya bercakap dengan Linzy di luar.
Encik Chang dengan segera bangun dari tempat duduknya dan berjalan keluar sambil membawa Linzy untuk berbincang sesuatu dengannya .Jimin yang ditinggalkan berseorangan itu segera berlari masuk ke dalam tandas selepas meminta izin Puan Suzy untuk membuang air kecil .
******
"Linzy awak ni dah tak ada adab ke tiba-tiba je hentak-hentak kaki masuk ke dalam rumah. Asal ni ha? "
soal Encik Chang yang tidak berpuas hati dengan sikap anaknya itu ."Bukan macam tu lah Appa..." jawab Linzy ringkas dengan suara yang lembut supaya Appanya berasa lega sedikit dari marahnya .
"dah tu apa Linzy. Haihh kamu ni makin besar makin biadap ya.."
keluh Encik Chang sambil menundukkan kepalanya, menandakan yang dia kecewa dengan sikap anaknya itu .Linzy tidak tahu untuk berkata apa-apa lagi kerana pada masa itu dia terlalu buntu untuk bercakap dengan Appanya .
"Appa, Appa nak kahwinkan Linzy dengan si Chenki tu ke?" kata Linzy terus terang dengan Appanya .
Linzy ingin sangat mengetahui jawapan tersebut dari mulut bapanya itu. Linzy mengetap bibir bawahnya itu dengan kuat kerana tidak sabar untuk mendengar jawapan bapanya itu .
"Kahwinkan kamu dengan Chenki ? Hahahahaha ! Apa yang kamu katakan ni wahai Jung Linzy ."
jawab Encik Chang sambil ketawa berdekah-dekah apabila mendengar apa yang dikatakan oleh anak perempuannya itu .Linzy yang berada di hadapan bapanya itu terus menggaru kepalanya yang tidak gatal itu .Dia berasa amat malu apabila bapanya itu mengetawakannya. Siapa yang tak malukan bila orang ketawakan kita .
******
Jimin masuk ke dalam tandas dengan keadaan yang tergesa-gesa. Sebenarnya dia bukannya dan membuang air tetapi malu apabila berada di hadapan Keluarga Chenki dan Omma Linzy.
Jimin membetulkan rambutnya yang tidak kemas itu dengan menggunakan sikat kesayangannya itu .
"Ahh asal lah Linzy tinggalkan aku depan mak dia tu. Haihh merah padam muka aku ni .Tapi siapa pula eh si Chenki tu. Dari segi rupa dia takde lah kacak mana."
kata Jimin seorang diri sambil memuji dirinya yang kacak itu.Sedang Jimin bercakap seorang diri di dalam tandas itu tiba-tiba pintu tandas itu diketuk dengan kuat.
Jimin yang sibuk mengemaskan rambutnya itu terkejut sehingga hampir terjatuh ke lantai.
Jimin amat marah lalu membuka pintu tandas tersebut dan menghempas pintu itu .
"Yah ! Takleh nak ketuk..--"
Kata-kata Jimin berhenti apabila Chenki berada di hadapan mukanya sambil tersenyum sinis kepadanya . Jimin yang marah tadi kini menjadi gementar apabila Chenki memegang tangannya .
"cakap buruk pasal aku ya dalam tandas tu ?" tanya Chenki sambil memandang tajam ke arah Jimin .
"Aku...aku..." tergagap - gagap Jimin untuk menjawab pertanyaan Chenki itu lalu dia pun mengetap bibirnya dengan kuat kerana tidak tahu untuk bercakap apa .
"ahh sudahlah kau . Ingat ehh kau jangan berani-berani nak kata aku macam - macam ya. Jangan nak berlagak sangat faham ?!" marah Chenki sambil memegang kuat tangan Jimin sehingga Jimin tidak dapat menahan sakit tangannya itu.
"Blahlah kau tak guna !" jerit Jimin lalu menepis tangan Chenki dengan kuat .
Jimin segera beredar dari situ sambil menjelir lidah ke arah Chenki.Chenki yang melihat perbuatan Jimin itu terus menggenggam tangannya itu .
"huh tak guna...siaplah kau PARK JIMIN..aku tak kesahlah kalau kau dah tak ingat aku. Yang penting aku ingat kau dan dapat nak membalas dendam balik atas apa yang
kau dah buat kat aku masa
kat sekolah menengah dulu."
kata Chenki seorang diri dengan nada yang perlahan .******
"Appa asal Appa gelak ni?" tanya Linzy yang hairan dengan gelagat bapanya itu yang tiba-tiba sahaja mengetawakannya sebaik sahaja dia berkata mengenai perkahwinan .
"hahahaha..okay okay sebenarnya begini Linzy...Puan Hyemi dan yang lain datang ke rumah kita kerana ada hal yang perlu dibincangkan dengan kamu dan mereka juga perlu meminta kebenaran kepada kamu dahulu. Sebab tu tadi kami berkumpul kat rumah kamu ni." jawab Encik Chang panjang lebar kepada Linzy.
"Hal ? Hal apa tu Appa?"
soal Linzy lagi ..Bersambung.
YOU ARE READING
Byuntae Namja [SLOW UPDATE]
FanfictionDETAILS :- Tajuk : Byuntae Namja Hero : Park Jimin Heroin : Hyo Linzy (Ulzzang) Genre : Romantic and Byuntae Sinopsis : Linzy merupakan kekasih hati kepada Jimin sejak di pangku sekolah menengah lagi. Linzy amat...