Ep 5[3 Hari Kemudian]
Linzy,Jimin dan Chenki kini tinggal bersama di rumah Linzy.
Walaupun Linzy tidak mengenali Chenki, dia kena juga perlu melayan kerenah Chenki itu kerana Omma Chenki berkata kalau tiada siapa melayannya dia pasti akan mengamuk secara tiba-tiba.
Entah mengapa dia boleh jadi sebegitu sekali sampaikan Ommanya itu pun hairan dengannya.
Mesti dia ni gila .
"Linzy kalau awak tak layan dia dalam sehari tak boleh ke?"
soal Jimin yang mula cemburu akan Chenki yang tak guna itu."Andwae Jimin. Omma dia yang surh. Apa saya leh buat ...~
Dah lah saya tak kenal dorang sekeluarga ni pastu boleh suka hati pula menyuruh orang
bagai itu ini itu ini.."
keluh Linzy yang tidak berpuas hati itu kepada teman lelaki kesayangannya itu sambil memuncungkan bibirnya dan menundukkan kepalanya."Alalalala...~ comelnya dia ni~ dah dah jangan camtu ya.
Arrasseo?"
bodek Jimin dengan nada yang manja sambil menggaru-garu gedik pada dagu Linzy .Chenki yang melihat gelagat Linzy dan Jimin dari jauh itu terus tersenyum sinis dan ketawa kecil.
Entah apa yang kelakar sangat pun dia tak tahu.
"Hoi Linzy !!" jerit Chenki dengan biadapnya sambil memberikan isyarat tangan
Jangan isyarat jari tengah sudah.
"Nak apa?"
tanya Linzy sambil menjeling matanya ke arah tempat lain kerana muak untuk melihat muka Chenki sekali dengan perangai dia yang mengada itu."Weh boleh tak malam ni aku nak tidur dengan Jimin?"
soal Chenki sambil menggengam kuat tapak tangannya."N to the O!! And the answer is NO!" jerit Jimin yang tiba-tiba sahaja berada di belakang Linzy.
Linzy yang berada di hadapan Jimin itu terus menekup telinganya kerana Jimin jerit terlalu kuat sehingga membuatkan telinganya bingit.
Nak sahaja Linzy menampar muka Jimin itu tetapi dia kenalah bersabar.
"Yah Park Jimin!!! Nak Linzy pekak ke?!"
marah Linzy sambil mengembungkan pipi sebelah kanannya itu .Macam belon bentuknya.
"Hehe sorry Linzy. Alolo kyeopta~.." perli Jimin sambil ketawa dan mula mencubit pipi Linzy yang membulat tu.
"dah dah stop..tak yah nak menggedik kat sini. Menyampah aku tengok."
kata Chenki selamba lalu beredar dari situ dan menuju ke arah dapur.Sedang Chenki berjalan untuk melangkah masuk ke dapur..
BBBUUUKKKK !!!!
"AAAHHH!!! SAKIT !!BILA MASA LANTAI NI LICIN !!!"
Jerit Chenki kesakitan kerana terjatuh akibat lantai licin ."Alamak...~Jim--"
belum sempat Linzy menghabiskan kata-katanya, Jimin bersuara secara tiba-tiba ."Hahahahahahahaha !!! Padan Muka kau Chenki! Bising je lebih ~ hah kan dah dapat balasan...ahahah!"
ketawa Jimin terbahak-bahak sampai terbatuk-batuk dibuatnya.Appa dia pun boleh kalah bab ketawa ni.
Linzy yang berada di sebelah Jimin turut ketawa juga tetapi ketawa kecil sahajalah kerana kasihan juga melihat Chenki itu.
Dengan kadar segera Linzy terus pergi ke arah Chenki untuk melihat keadaannya.
Linzy duduk mencangkung untuk melihat sama ada Chenki cedera ataupun tidak.
Chenki yang melihat Linzy berada dihadapannya itu terus memeluk badan Linzy dengan erat sehingga membuatkan Jimin dan Linzy terkejut.
"Woi apa kau buat ni Chenki!" marah Jimin dengan berangnya.
"hey hey chill~...Eh Jimin kau dengar sini.
Aku dengan Linzy sekarang ni dah jadi kekasih.
So apa salahnya kalau aku nak peluk dia. Dia girlfriend aku, biarlah aku nak wat pape pun."
kata Chenki sambil mengusap rambut Linzy."What ?...kekasih?...Yah Linzy betul ke ni?" tanya Jimin yang tidak dapat nak menerima kenyataan.
"Aniy Jimin. Dia ni tipu je percayalah. Betul...."
jawab Linzy lalu mengetuk kepala Chenki sekuat yang boleh lalu berlari ke arah Jimin dan memeluk Jimin seeratnya .Jimin menolak Linzy dengan kuat.
Hatinya begitu sakit apabila mendapat tahu yang kekasihnya itu curang padanya.
Kaki kiri Jimin melangkah kebelakang dengan perlahan lalu terus berlari keluar dari rumah tersebut.
"JIMIN !" jerit Linzy dengan nada yang kuat .
Kemarahan Linzy mula naik.
Dia menoleh ke belakang lalu mendekati Chenki .
******
Pergerakan kaki Jimin semakin perlahan apabila tiba di tasik.
Air matanya mengalir deras.
Sepantas kilat Jimin pun mengelap air matanya dengan menggunakan baju sweater kesayangan dia itu.
"Berani dia curang dengan aku .Huh punyalah lama aku setia dekat dia.
But camni dia balas kat aku. Takpe takpe tunggulah malam nanti ya.
Aku tahu nak buat apa.."
ucap Jimin seorang diri lalu duduk sebentar di atas bangku yang disediakan.Tunggu Linzy. Tunggu.
You should regret all of this.
.Bersambung.
YOU ARE READING
Byuntae Namja [SLOW UPDATE]
FanfictionDETAILS :- Tajuk : Byuntae Namja Hero : Park Jimin Heroin : Hyo Linzy (Ulzzang) Genre : Romantic and Byuntae Sinopsis : Linzy merupakan kekasih hati kepada Jimin sejak di pangku sekolah menengah lagi. Linzy amat...