10 Nov 2015

9 0 0
                                    

Penat pendam perasaan itu. Bukan cinta tapi kesakitan. Trauma aku seakan tidak mahu lepas. Wajah ibuku yang makin berusia mulai merangkumi spektrum pandanganku. Aku berseru memanggil ibuku. Jauh di sudut hatiku, aku sudah berkecai. Tangan itu menghancurkan bibirku. Darah yang mengalir di bibirku menjadi akhiran bayangan terakhirku. Aku terkulai layu.

Aku tidak mahu didera lagi. Aku mahu tamatkan semua ini. Diri ini bukan untuk diperlakukan seperti sampah. Ditampar, dilukai dan dihina. Dan bila puas kau koyakkan kewarasan mindaku, kau baru sadar yang aku tewas dengan deraan mu.

Catatan sebenar untuk diriku bagi diriku supaya aku senantiasa ingat. Bahwa, kau harus disayangi oleh lelaki lain selain munafik itu.

Cukuplah aku melihat tubuh kecilku diselaputi lebam kisah silamku. Aku tidak mahu didera lagi.

TiadaWhere stories live. Discover now