-1

5.4K 190 28
                                    

Tiara Nasuha

Aku menangis lagi.

Malam yang sepi- ditemani dengan tangisan yang berjuraian. Sakit di pipi bukan kepalang, ditambah lagi dengan pedih di hati. Aku nangis semahunya. Kadang terasa ingin dipujuk, jadi sengaja aku kuatkan tangisan biar satu rumah dengar.

Tapi apakan daya, semua hanya mimpi. Kini, tangisan yang kuat bukan untuk disedari, tapi hanya meluah rasa sakit. Bantal kepala aku tarik dan aku hempamkan muka ke atas. Aku jerit semahunya.

Hampir setiap kali begini. Setelah puas menangis selama 20 minit, aku capai pisau di atas meja.

Kain paras lutut aku selakkan hingga terserlah bahagian pahaku, perlahan-lahan aku gariskan satu tanda- biar semua jadi memori pahit. Biar begini, walaupun selamanya.

Dari satu garis, semakin bertambah garis sehingga tak terkira, menghasilkan garis merah baru disebalik parut lama yang tersemat.

Sakit? Bohong sangat kalau aku kata tak sakit. Tapi... ini saja caranya, supaya sakit fizikal melebihi sakit hati aku. Supaya aku lebih tangisi sakit di badan, bukan sakit di hati. 17 tahun aku tahan... Benda sama, setiap hari.

Pertama kali mengenali, aku tau semua akan cakap aku cantik. Sangat lali. Sampai aku dah tak tahu nak rasa apa.

Sayang seribu kali sayang, hidup aku tak seindah rupa yang dikurniakan. Ibuku, walaupun rupa persis Charlize Theron, namun kerjayanya sangat tidak membanggakan.

Pelacur.

Ayahku? Pendek cerita, he's a drug addict.

Muhammad Rizman dan Syamira Athirah, kedua abang dan kakakku. Keduanya telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menyambungkan pelajarannya? Tak tahu, ataupun berkerjaya disana. Aku tak pernah ambil tahu sebab mereka pun kelihatannya dari dulu kurang enak dengan kewujudan aku.

Di sekolah pula, aku... benci. Sekolah Menengah Kebangsaan Zamrud.

Aku benci sekolah ini, aku sering dicaci. Dimaki. Dikutuk. Orang kata aku tak ubah seperti ibuku, seorang pelacur.

Apa salah aku?

Keji.

Kenapa aku yang kena? Kenapa aku yang kena tempiasnya?

Aku benci manusia.

Apa silap aku?

Benci.

Apa yang mereka tahu, menghina manusia seperti aku, manusia yang mempunyai ibu bapa yang membuat pekerjaan haram.

Apa kaitan dengan aku?

Kejam.

Mereka tak faham apa yang aku rasa. Aku tak pernah minta semua ni.

Untuk hari ini, aku mengikat rambutku dengan gaya ponytail sahaja. Sebab penat.

Semua berbisik-bisik sambil pandang aku... Apa lagi? Kutuk akulah tu. Lumrah menjadi seorang Tiara Nasuha. Another day to... be patient. Aku hembus nafas kecil.

Saat aku melangkah masuk ke kelas, semua mata pandang ke arah aku.

"Sorry, saya lambat." kataku sambil tunduk kecil ke arah Cikgu.

Eh. Budak baru ke?

Selepas melangkah ke tempat dudukku, aku amati wajah lelaki itu.

Matanya sepet, tapi bulu matanya sangat panjang. Tinggi dan berkulit sawo matang. Aku angguk sendiri sehingga matanya menangkap mataku yang sibuk meneliti dirinya.

Segan, pergi usha anak teruna orang tu kenapa? Terus aku alihkan pandangan ke luar tingkap.

Pelajar baru tu mengenalkan diri.

◆◆◆

"Hi semua. Nama aku Adrian Ezryl. Dulu belajar kat Sekolah Menengah Ruby Jane."

Katanya sambil tersenyum. Aku buat tak layan je. Menghayati pemandangan. Ceh, padahal tadi dah usha pemandangan kat depan tu?

"Baiklah Adrian Ezryl. Kamu boleh duduk. Err... Awak duduklah sebelah Qyna... atau oh, Tiara." kata Cikgu Dina. Guru kelas 5 Akaun. Cikgu Dina ialah salah seorang guru yang sangat baik dengan aku, berbanding guru lain yang sangat judgemental dan kerja bergosip pasal hal orang lain. Cikgu Dina juga mengajar subjek favourite aku- Ekonomi.

Semua perempuan dah tergedik-gedik senyum kat Adrian. Terutamanya Qyna, yang aku perasan, sangat pasti yang Adrian menuju ke arahnya. Namun semua kecewa apabila Adrian mengatur langkah ke arah.... aku?

"Adrian, kenapa awak duduk sebelah dia?" kata Qyna tidak berpuas hati.

"Kenapa? Tak boleh ke aku duduk sebelah dia?" kata Adrian kasar sedikit. Wow, dia guna awak-saya, Adrian guna aku-kau.

Qyna agak terkejut kerana bahasa Adrian agak kasar. Matanya jelas marah dan kecewa. Satu, Adrian tak duduk sebelah dia. Dua, Adrian bercakap kasar dengan dia. Double kill.

"Awak, kalau awak nak tahu, ibu dia pelacur, bapak dia pulak penagih dadah." Ujar Qyna tiba-tiba. Walaupun sangat takde correlation dengan apa yang dibualkan, tapi, tuan-tuan dan puan-puan, dipersembahkan Nurul Shaqyna.

Dan aku juga sudah sedia tahu yang dia tak perlu memberitahu itu kepada budak baru ini, sebab PA dia dah tolong bagitahu. Dia hanya mengangguk kecil tanda setuju. Takde apa yang nak dinafikan lagi.

Aku kilas wajah Adrian sebentar dan dia agak terkejut. Namun, cuba dia kawal sehabis baik dan wajahnya tenang kembali.

"Biarlah kalau mak bapak dia pelacur penagih sekalipun, dia takde kena mengena dalam dua benda tu kan? Hidup ibu bapa dia bukan dia boleh pilih. Dahlah aku nak belajar ni." getus Adrian dan terus duduk disebelah aku.

Qyna mendengus marah. Matanya menjeling tajam aku. Lalu dipandang ke depan. Aku membalas dengan senyuman yang paling manis walau masih terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Adrian Ezryl sebentar tadi.

"Hi. Saya Adrian Ezryl." Kata Adrian tiba-tiba.

Saya? Awak? Apa benda ni.

"Tahu." balasku acuh tak acuh. Malas nak layan sebenarnya. Suasana hanya sunyi antara kami selepas itu, aku sangkakan dia sudah tak mahu bercakap. Jadi, dari sisi, aku curi lihat perlakuan dia- dan ternyata dia masih memandangku tanpa kerdipan.

"Nama awak?"

Tiada jawapan dari aku. Aku hanya pandang ke depan. Dia ingat ni apa? Ice-breaking? Orang nak belajar!

"Hello? Saya tanya ni." Soal Adrian dengan wajah tidak berpuas hati. Aku lihat wajahnya berkerut, masih menantikan namaku.

"Aku nak belajar." jawab aku pendek. Apa yang dia tak faham ni? Haish...

"Hi Nak Belajar. Saya Adrian Ezryl." ucapnya sambil tersenyum sindir. Aku hanya membalas dengan jelingan dan juihan bibir tak puas hati, oh loyar buruk pulak?

"Nama je kut." kata Adrian sambil mencebik. Kalau macamtu, nama je pun, kenapa sibuk sangat nak tahu?

"Rehat nanti kita boraklah apa-apa pun ya? Tu, kita baru nak masuk bab baru." ujarku, malas nak layan sebenarnya. Tapi aku yakin, dia bukan jenis yang mudah putus asa.

Adrian tersenyum lebar tiba-tiba. Agak... comel? Mungkin sebab mata dia dah hilang dan timbul lesung pipit di bahagian kiri pipinya. Dimple definitely makes someone looks more attractive.

"Janji?" soal Adrian sambil menunjuk jari kelingkingnya.

Oh, macam budak-budak sungguh? Haih... Main pinky promise pulak.

"Yeah. Promise." jawab aku acuh tak acuh lalu jari kelkelingkingku bertaut dengan jari kelingking Adrian.

Adrian Ezryl

Yes.

-

Tiana --- Tiara Nasuha

HidupWhere stories live. Discover now