-4

2.7K 115 12
                                    

Sewaktu Adrian mencapai tanganku, pedihnya, terasa sangat! Pedih gila nak mati. Lupa pula nak letak ubat gamat untuk redakan sakit. Beria sangat melalak semalam.

Aku mengaduh kuat kerana kesakitan yang amat ini tak dapat aku bendung lagi. Rasa nak menangis pun ada. Untuk seketika aku lupa kewujudan Adrian.

Air mata mulai mengalir, namun cepat-cepat aku seka supaya Adrian tak nampak. Aku mesti kuat. Jangan tunjuk yang kau lemah kat depan orang lain, Tiana. Nanti senang sangat orang ambil kesempatan.

Dahi Adrian berkedut tanda yang dia risau, mungkin? Riak wajahnya kelihatan bimbang. Mungkin dia nampak.

"Awak okay tak?" tanyanya sambil matanya tepat pandang ke arah aku.

"Aku okay." bohongku sambil tersenyum paksa. Aku tak boleh nak bagitau. Mungkin belum tiba masanya lagi. Masih terlalu awal kot untuk semua ni.

Adrian menyuruhku duduk di atas kerusi di beranda rumah, aku turuti sajalah. Dia ingin menyinsing lenganku, aku tepis pantas sambil menggeleng laju.

Tapi dia berkeras juga, apa boleh buat? Sebab tak nak sakit untuk kali kedua, aku turutkan saja.

Setelah dia menyinsing, dia kelihatan terkejut. Sangat terkejut. Siapa je tak terkejut tiba-tiba kau nampak, tangan bergaris merah. Tambah-tambah lagi dengan kulit cerah pucatku, lagilah jelas. Dia pandang aku, aku buat muka selamba. Mesti dia nak mulakan perangai banyak tanya dia yang kalah polis tu.

"Awak, kenapa dengan tangan awak ni?" tanyanya prihatin, tangannya masih belum melepaskan tangan aku.

"Takde apalah. Dah jom, kita dah lambat ni." ajakku. Tukar topik. Malas nak bidas benda ni lama-lama. Penyibuk betul dia ni.

Tak sempat aku bangun, aku ternampak Qyna berdiri dihadapan rumahnya. Qyna yang juga jiran depan rumahku, ternampak lagak romantis yang tidak disengajakan. Hei, tak sengaja, okay? Adrian yang pegang tangan aku, bukan aku yang pegang tangan dia. Qyna datang menuju ke depan rumahku. Aku agak dia nak mula keluarkan perangai dia yang suka menfitnah orang.

Lagi-lagi aku.

Sebaik sahaja dia tiba dihadapan pagar rumahku, mulutnya terus lancang berkata-kata. Macam orang lain takde perasaan.

"Wah, betina sundal ni, konon bukan macam mak kau. Bukan pelacur jual badan bagai? Ni apa benda ni bawak jantan masuk rumah? Ni baru kat luar rumah kau buat macamni, kat dalam rumah, entah apa-apa yang kau buat? Kau ni memang suka ikut jejak mak kau ye, dasar perempuan murahan." kata Qyna selamba, mulut laser betul.

Qyna ni sebenarnya aku agak dia cemburu lelaki handsome macam Adrian tak pandang dia, kan.

Handsome ke?

"Apa masalah kau ni Qyna? Aku tak kacau hidup kau pun kan? Sekalipun aku nak jual badan, semua ni takde kena-mengena dengan kau. Terima kasihlah sebab prihatin pasal aku, tapi tak payahlah sampai tahap menyibuk." jelasku. Tak sanggup dengar fitnah yang dia taburkan kian berleluasa. Ni pun kira aku balas lembut dari sebelum ni, malas nak gaduh.

Dah lali sangat dengan fitnah macam ni.

"Oh please, tak kuasa nak amik tahu pasal kau, dasar perempuan murahan, huh!" kata Qyna lalu berlalu pergi. Marahlah tu.

"Dahlah awak, jom kita pergi klinik dulu ye? Lepas tu baru saya bawa awak pergi jalan-jalan." cadang Adrian.

"Takpelah, sikit je ni. Lagipun, aku tak suka susahkan kau." kataku sambil tersenyum tawar. Sikit je kut.. Bagi aku..? Sebab dah pernah kena lagi teruk, so I think I can handle this.

"Sikit? Sampai menangis bagai, ingat saya tak nampak awak lap air mata tadi? Risaulah saya. Takpe, tak susah pun." kata Adrian lembut namun ada ketegasan. Dia nampak macam tak bagi pilihan. Nak. taknak, kena ikut juga.

HidupWhere stories live. Discover now