SERAM SEJUK

751 27 8
                                    

Malam...pekat,
Nak jalan pun sampai tak nampak.
Lolongan anjing membuatkan bulu remang terpacak. Seram.
Hutan tebal di kiri kanan jalan membuatkan aku bertambah kecut perut. Rasa macam nak menangis pun ada, tapi aku cuba tahan memandangkan aku seorang lelaki sado. Malu aku kalau orang nampak.

"Hai la kereta...kenapalah kat sini jugak kau nak meragam. Macam tau tau aje aku ni pengecut" aku merungut antara dengar dengan tidak. Boot kereta ku bukak perlahan lahan, asap bercampur wap air keluar berkepul kepul.

Sahih, air tangki kering.

"Adoiiiilah...apa aku nk buat ni, dh tentu jahanam enjin kereta ni..."henpon didalam saku seluar ku keluarkan, line ku periksa. Hampeh! kosong!

Peluh jantan mula membasahi dahi, otak berpusing ligat mencari jalan. Anak mata melilau ke kiri dan ke kanan, cuba melihat sekeliling, walaupun tak tahu apa yang dicari. Sebenarnya lebih kepada rasa cemas dan takut.

Jalan Kamunting Selama, Perak. Semua orang tahu, jalannya macam mana, kiri kanan hutan simpan, tebal. Haiwan liar seperti gajah dan harimau sering kelihatan melintas jalan. Itu makhluk yang jelas, makhluk halus, atau kata nama biasa, hantu, jin, jembalang juga sering menjadi buah mulut mereka yang kerap menggunakan jalan ini.

Otakku beku, tak mampu berfikir. Apa lagi ikhtiar yang perlu ku lakukan. Suasana sekeliling menambah rasa tertekan dalam kepala otak.

Langkah terakhir...
Masuk kereta, pasrah dan berdoa...

Seminit demi seminit berlalu, rasa terlalu lama, rasa dah macam berjam jam aku terperuk dalam kereta. Sudahlah air cond tak dapat dihidupkan.

Panas!!!!
Panas hati, panas badan....
Angin satu badan!
Perasaan marah mula menguasai hati ku,
nak marah pada siapa?
Aku tarik nafas perlahan lahan, hembus perlahan lahan, rasa kurang sedikit serabut dlm otakku...

"Huuiishhhhh....."
Tiba tiba angin lembut menghembus cuping telingaku...sejukkkk...
Aku periksa tingkap kereta, mungkin angin dari luar.
Tertutup, rapat.
Ahhh....perasaan aku sahaja kot...cuba menenangkan hati sendiri.

"Huuuuiishhhhhh....."
Sekali lagi, kali ini cuping telinga sebelah kiri pula....sejuk...hembusan udaranya sejuk...

Terkejut, sepantas kilat ku toleh ke tempat duduk belakang...

Ya Allah...pontianak!!
Makhluk berbaju putih dgn tompokan darah yang masih baru, tersenyum, menampakan gigi taringnya yang panjang....
Wajahnya teramat huduh, kelihatan tulang pipi terjembul keluar, ulat merayap rayap di seluruh mukanya.
Makhluk itu menghulurkan tangannya ke arah ku perlahan lahan.

Aku pejamkan mata rapat rapat, berharap semua ini hanya mimpi ngeri.

Terasa bahuku disentuh...

"Deerrr...jangan marah marah sangat derrr...meh gua kasi chill sikit...nah! amik sebijik, jgn malu..." gula gula mentos power cool dihulur pada ku. Patutlah nafasnya sejuk giler....

Aku buka mata perlahan lahan...
Dia senyum...
Aku balas senyumannya, aku ambil gula gula dari tangannya yang buruk.
"Terima kasih"
"Sama sama"

Malam tu aku cukup sedap tido, sedar sedar aje, mamat tow truck datang ketuk tingkap kereta. Aku bukak tingkap perlahan lahan.

" Abang, pasal apa sejuk sgt dalam kereta abang ni, siap berkabus lagi." muka mamat tu hairan. Poyo aje.

"Takde apa lah" aku jawab ringkas, sambil senyum. Dah tentu mamat tu tak kan percaya kalau aku katakan malam tadi pontianak dodoikan aku sambil tiup satu badan aku sebab panas sangat....sambil makan gula gula mentos super cool....hahahahaha... -end-

MALAM INI ADA HANTUWhere stories live. Discover now