BONDA

88 4 0
                                    

Ikutkan hati, nak sahaja aku berlari ke pangkuan bonda, peluk erat erat. Cium pipi bonda. Lama lama, tapi aku tak boleh.

Ikutkan hati, aku nak mintak bonda masakkan aku asam pedas ikan pari dengan air tangannya yang sekian lama aku tak rasa, tapi aku tak boleh.

Nak sahaja aku menjerit, bagitahu bonda, betapa aku benar benar merindui dia, bagitau dia, aku benar benar nk mohon maaf atas segala dosa aku, minta halal air susu yang telah bonda berikan pada aku. Yang telah membesarkan aku selama ini. Tak ternilai dengan wang ringgit dan kekayaan. Tapi...aku tak boleh.

Sebab aku keliru, betul ke benda di depan aku ni arwah bonda. Bergerak ke kiri dan ke kanan, sekejap berdiri tegak, sekejap berbongkok. Berbungkus kain putih lusuh & tompok tompok darah dari kaki hingga ke kepala, cuma di bahagian muka terbuka sedikit kainnya menampakkan tahi lalat di pinggir bibir yang meyakinkan aku, itu bonda aku! Tambahan pula suara rintihan mendayu meminta aku menghampirinya memang empunya bondaku.

Tapi aku tak boleh bonda....tempat bonda bukan di sini lagi, biar aku simpan semua kerinduan pada bonda, semoga bonda pulang dan aman di sana....

MALAM INI ADA HANTUWhere stories live. Discover now