Kakitangan kerajaan mcm aku ni mmg selalu ada kursus di luar kawasan. Dalam setahun sekurang kurangnya 15 hari. Ada masa boleh buat hilang stress kerja, ada masa menyampah pun ada, tambah tambah kalau terpaksa berkongsi bilik dengan kawan aku; Pa'en.
Dengkur dia boleh buat orang sakit jiwa, agak agaknya, boleh dengar sampai bilik sebelah. Nak dimaki, kawan baik aku jugak, nnt kalau dia dh x nak kawan, dgn siapa pulak aku nk berkawan...huhuhuhu..
Hari ni hari kedua aku berkursus, akibat x cukup tidur malam tadi angkara Pa'en, satu haram apa pun taklimat yang diberikan x boleh masuk otak. Selesai minum petang dan penutup kursus untuk hari ini, aku terus gerak ke bilik, satu tujuan, tidoooorrr....harap harap Pa'en x ikut tidur sama.
Aku terjaga dari tidur, bilik gelap, cuma lampu tandas yang terbuka, itupun cahaya yang keluar dari celah pintu yang tidak ditutup rapat. Aku melihat jam di tanganku, Ya Allah...aku terlajak tidur, 12.00tgh mlm. Mahu atau tidak, aku teruskan tidur, pejamkan mata rapat rapat.
Bunyi katil berkeriuk di sebelah aku, senyap, kemudian disusuli bunyi yang tidak asing lagi, dengkur Pa'en. Aduhhhh....semak betul la otak aku ni....
Bunyi dengkurnya semakin menjadi jadi, mcm nk putus nyawa pun ada. Aku cuba pejamkan mata, x boleh tahan...aku campak bantal golek kearahnya. "Gdbuk!!" senyap.
Dalam mata terpejam, aku tersenyum sendiri. Baru lega, boleh aku tidur sampai pagi. Tiba tiba henpon Asus aku berbunyi, lagu Aishah. Siapa pulak la mlm mlm mcm ni. Kacau betullll!
"Helloooo..."aku jwb sambil mata tertutup.
"Aku..."
"Siapa?"
"Aku, Pa'en, aku kat luar ni, pekena teh tarik dgn kengkawan kita, kalau kau nk tidur, jgn kunci pintu bilik, nnt tidur luar aku..."
Pa'en??
Aku terdiam, mata terbuka luas...peluh mula timbul dari liang roma
"Hello...hello..." henpon aku tutup.Di saat itu, bunyi dengkur di katil sebelah kedengaran semula, semakin kuat, seolah olah kerongkongnya dijerut sesuatu.
Ketika bunyi dengkur itu kedengaran semakin hampir di cuping telingaku, peluh mula keluar mencurah curah membasahi seluruh tubuh, tiada apa yang mampu aku lakukan kecuali menutup mata rapat rapat, harap harap dpt tidur sampai ke pagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
MALAM INI ADA HANTU
HorrorKisah-kisah pendek berkenaan hantu dan paranormal yang disampaikan dari mulut ke mulut dan cerita orang tua-tua dahulu.