BAB 1

38 2 0
                                    

Aishah yang sedang leka menikmati cappucino kegemarannya di Kafe Sweet itu sedang memerhatikan gelagat pasangan remaja yang sedang bergaduh di hadapan kafe itu.Aishah hanya tersenyum melihat gelagat remaja tersebut. Di hadapannya pula ada sepasang kekasih sedang melakukan adegan 'sweet' suap menyuap makanan macam dalam drama melayu petang-petang.
"Pengantin baru lah tu",bisik hati Aishah sambil tersenyum. "Hari ini hari kekasih sedunia ke?Mana-mana aku pergi ada jer pasangan kekasih. Mungkin aku patut cari pasangan juga",mengomel Aishah sendirian.
Maksud pasangan dalam konteks ini adalah 'suami'. Aishah sudah serik dengan percintaan yang berakhir dengan perpisahan. Baginya, bercinta ini sesuatu yang sia-sia dan membuang masa. Dia hanya yakin pada ketentuan Illahi.
"Mungkin jodoh aku belum sampai masanya lagi",kata-kata yang sering diungkap oleh Aishah. Aishah mula tenggelam dalam zaman percintaannya yang dulu yang hanya berakhir dengan kekecewaan.
"Selamat datang saya ucapkan kepada semua pelajar baru. Saya harap kalian akan gembira menuntu ilmu disini",kata seorang pensyarah jelita yang kelihatan agak muda.
Tahun ini adalah tahun pertama Aishah di universiti. Dia menyambung pelajarannya dalam bidang kedoktoran. Tujuan Aishah hanya satu untuk menuntut ilmu sebanyak yang mungkin dan apabila dia tamat belajar dia mahu berkhidmat di Palestin. Itu lah impian dia sejak kecil lagi. Dia mahu berjihad di bumi Palestin.
"Hei, Shah. Kau nampak mamat tu? Yang pakai kaca mata berbaju kemeja kotak-kotak tu? Aku rasa dia dari tadi usha kau lah. Aku perati je dia. Nasib dia ensem'',usik Roslina sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah pemuda berkaca mata itu.
"Ish, kau ni Lina. Ntah2 dia usha orang lain",kata Aishah.
Roslina ataupun Lina merupakan kawan baik Aishah sejak sekolah rendah lagi. Kemana sahaja ada Aishah disitu ada Lina. Dimana ada Lina disitu mesti ada Aishah. Kalau orang tengok macam adik beradik. Berkepit berdua ke mana sahaja. Bagi Aishah cukup baginya ada Lina seorang sahaja sebagai seorang sahabatnya kerana hanya Lina seorang sahaja yang memahami isi hati dan perasaannya.
Sesi minggu orientasi selama 2 minggu sudah pun berakhir. Maka, bermulalah cabaran Aishah sebagai seorang pelajar. Aishah dan Roslina berjalan beriringan menuju ke bilik kuliah mereka. Macam biasa mereka akan duduk bersebelahan. Seorang pemuda duduk berhampiran dengan Aishah dan Roslina.
"Eh, Shah. Tu kan mamat tadi. Dia pun ambik kos yang sama lah",bisik Lina sambil mulutnya muncung seperti burung belatuk.
"Biarkanlah dia. Lagi pun aku datang sini nak belajar lah. Bukan untuk bercinta",kata Aishah sambil menggoyangkan jari telunjuknya dihadapan muka Lina.
"Alah,mungkin dia jodoh kau ke. Mana tahu dia Mr Istikarah kau. Hehehe. Kalau kau tak nak bagi aku jer lah",gurau Lina.
"Amboi Cik Roslina binti Mohd Rosli. Kau tu isteri orang",disikunya di tangan Lina. Lina mengerang kesakitan.
"Hahaha. Ni lah akibatnya kalau bergurau benda merepek dengan aku",ketawa Aishah.
"Alah, kau ni. Aku gurau sedikit pun tak boleh dah. Makin tua makin tak boleh bawa bergurau",jelir Lina sambil menahan kesakitan.
"Amboi,tua kau kata? aku yang tua ke kau yang tua Lina?,usik Aishah. Lina hanya ketawa apabila mendengar kata-kata kawannya itu. Sebenarnya, Lina tua sedikit daripada Aishah. Beza bulan je pun. Seorang pensyarah masuk menyusuri dewan kuliah tersebut. Cantik dan bergaya. 'Excited' nak mengajar lah tu. HEHEHE.

~tamat bab 1~

CeritaWhere stories live. Discover now