BAB 7

16 0 0
                                    

Selepas tamat pelajaran, Aishah menjadi seorang doktor pakar di sebuah Hospital Swasta. Manakala, Lina menjadi surirumah selepas tamat belajar kerana perlu menjaga keluarganya. Isteri mithali katakan. Kemudian, dia menamatkan perkhidmatannya di hospital tersebut untuk mencapai impiannya untuk berjihad di bumi Palestin. Aishah sedikit pun tidak gentar andai tentera Israel mahu membedil kem tempatnya bekerja. Baginya, setiap yang berlaku adalah ketentuan Illahi. 5 tahun Aishah mencurahkan bakti di bumi Palestin. 5 tahun baginya cukup singkat kerana dia perlu berbakti di bumi Malaysia pula.

Dan aku pun terluka..karenamu..kerna cinta mu..aku harus melangkah jauh dari mu...

Telefon bimbit Sony Ericson Aishah berdering.

"Siapa pula yang call aku ni? Nombor tidak dikenali pula tu",bebel Aishah.

"Hello",tanya Aishah.

"Assalamualaikum, Aishah",kata seorang pemuda.

Suara yang amat dikenalinya. Suara yang pernah menggodanya dan juga mengecewakannya suatu masa dahulu.

"Farhan?",menggigil tangan Aishah. Tapi dari mana dia dapat nombor telefon ini? Setahu Aishah dia sudah menukar nombor telefonnya.

"Hehe..Ingat tak kenal suara Farhan dah",gelak Farhan.

"Aishah apa khabar? Dengar cerita dah balik Malaysia",tanya Farhan dengan excited sekali.

"Ye. Mana awak tahu saya balik  Malaysia?",soal Aishah kebingungan.

"Adalah. Aishah. Semenjak beberapa hari ini Farhan asyik teringatkan Aishah. Teringat saat kita bersama. Aishah ingat lagi tak Farhan selalu usik Aishah dalam bilik kuliah",kata Farhan yang cuba mengungkit semula kenangan mereka bersama.

"Farhan baru sedar atas semua kesalahan Farhan terhadap Aishah. Farhan tahu Farhan banyak sakitkan hati Aishah. Farhan minta maaf sangat-sangat. Maafkan Farhan ye Aishah",kedengaran suara Farhan yang rasa bersalah dengan segala yang terjadi.

Dah agak. Mesti ada sebab dia call aku. Baru nak rasa bersalah lah tu.

"Tak mengapalah. Kisah lama. Tak perlu diungkit",pujuk Aishah. "Lagi pun Aishah dah lupakan semuanya. Tak perlulah Farhan mengungkit lagi segala kisah lama kita",perit juga hati ini bila terimbas kembali kenangan pahit bersamanya. Bibir mudah memberikan kemaafaan tapi hati ini sukar memaafkan. Terlalu perit dan sukar untuk dimaafkan. Aishah selalu berdoa agar diberi kelembutan kepada hatinya untuk memaafkan Farhan. Dia tak nak hidup dengan perasaan benci dan marah terhadap Farhan.

"Betul ke? Terima kasih, Aishah", kata Farhan dengan gembira.

Perbualan terhenti sampai situ sahaja.

"Mesti dia gembira dengan kata-kata aku tadi",bebel Aishah.

"Tak mengapalah. Asalkan dia dah minta maaf. Lega hati aku",Aishah tersenyum. Akhirnya perasaan benci dia hilang setelah Farhan mengungkapkan perasaan bersalah terhadapnya.

~tamat Bab 7~

CeritaWhere stories live. Discover now