BAB 5

9 0 0
                                    

Dah 3 bulan berlalu semenjak insiden tersebut. Tetapi perasaan Aishah terhadap Farhan sukar dihapuskan. Bukan mudah baginya untuk lupakan Farhan. Aishah yang sibuk membaca novel di dalam perpustakaan itu dihampiri oleh seorang pemuda.

"Assalamualaikum, Aishah",kata pemuda tersebut.

"Waalaikumsalam", jawab Aishah dan dia pun menoleh untuk melihat tuan punya suara.

Aishah terkejut. Hatinya seperti mahu meletup macam bom atom di Hiroshima.

"Farhan",sayu suara Aishah.

"Boleh Farhan duduk sebelah Aishah",tanya Farhan dengan sopan sambil tersenyum.

"Boleh. Tapi tak takut ke awek marah?",perli Aishah.

"Awek?Haha. Bila pula Farhan ada awek?",gelak Farhan seperti tak ada sedikit pun perasaan bersalah.

"Salena lah",jawab Aishah dengan nada yang agak tinggi sedikit.

"Urm. Salena? Dah lama kami putuslah",terang Farhan.

"Yeker?",perli Aishah.

"Sorry lah pasal hari itu. Maksud Farhan bulan-bulan sebelum ni. Sebenarnya memang Farhan sukakan Aishah. Farhan cakap macam itu pun sebab..",kata-kata Farhan terhenti.

"Sebab Salena minta couple dengan Farhan balik kan?,"kata Aishah menyambung ayat Farhan.

Farhan tertunduk diam. Mungkin dia sedar kesalahannya. Meski pun kata-kata Aishah tadi agak kasar bagi Farhan tapi jauh disudut hatinya masih mengharapkan cinta Farhan.

"I'm promise. Kali ni Farhan serius dengan Aishah. Farhan betul-betul sukakan Aishah.

Hati dan maruah Aishah mula goyah. Patut ke dia menerima Farhan selepas apa yang dah berlaku? Atau perlukah dia memberi peluang kedua buat Farhan? Mungkin kali ini dia serius dengan kata-katanya.

"Baiklah. Aishah bagi peluang dengan Farhan untuk menebus silap Farhan dekat Aishah",balas Aishah.

"Serius? Terima kasih Aishah!",jerit Farhan sehinggakan pustakawan menyuruh Farhan diam.

Betul ke keputusan aku ini? Kalau Lina tahu apa agaknya yang akan dia kata.

"Tak mengapalah Shah. Aku doakan kebahagian untuk kau dan Farhan. Apa-apa pun bercinta jangan over sangat. Nanti kalau putus sedih. At least kalau hati tu tak terlalu sayang boleh kau terima seadanya",nasihat Lina.

"Kau ni. Doakan lah dia jodoh aku",rungut Aishah.

"Aku cakap je. Aku tak nak nanti kau putus cinta kau kecewa tiba-tiba masuk dalam surat khabar yang kau..",terputus kata Lina apabila Aishah mencelah.

"Tak baik lah kau ni doakan macam tu dekat aku",merajuk Aishah.

"Apa? Aku baru nak kata kau masuk surat khabar tajuk utama 'SEORANG GADIS TELAH MEMANCITKAN TAYAR MOTOR BEKAS KEKASIHNYA KERANA PUTUS CINTA'.Hahaha. Apa macam? Sesuai tak tajuknya?",gelak Lina terbahak-bahak.

"Eee. Nakalnya kau ni",cubit Aishah. Lina merungut kesakitan.

"Dah,tidur. Esok cuti. Aku nak balik rumah suami aku",kata Lina yang tengah menahan kesakitan itu.

"Aikk. Awalnya tidur. Esokkan cuti",pujuk Aishah.

Lina tidak menjawab. Kedengaran bunyi dengkuran yang sering dia dengar.

"Tidur dah rupanya",kata Aishah yang geli hati mendengar dengkuran rakannya itu.

"Selamat malam, sahabat",ucap Aishah.

~tamat Bab 5~

CeritaWhere stories live. Discover now