BAB 3

18 0 0
                                    

Kedengaran orang berlari di lobi. "Ada lari pecut ke kat lobi?",bisik Aishah. Kelihatan Lina termengah-mengah. Aishah membuat ekspresi pelik. Dah kenapa dengan Lina ni? Macam orang kena kejar anjing.
"Kau tahu tak..Farhan..dia", tercungap-cungap Lina sampai bercakap pun tersangkut-sangkut.
"Kenapa dengan dia? Lagi pun aku tak berminat nak dengar pasal dia.Tipu!!Padahal aku masih ambil berat pasal dia. Kenapa dengan Farhan!",bisik hati Aishah. Dia tahu jauh di dalam hatinya dia masih mengharapkan cinta daripada Farhan.
"Ish, kau ni. Aku luku kepala kau sat lagi baru hang taw. Depa dah break weyh!",kata Lina dengan gaya tangan orang yang suka bergosip.
"Ish, kau ni. Mana kau tahu,hah? Tak baik tau buat fitnah. Doakan yang baik-baik untuk kebahagian dorang",kata Aishah dengan sedikit tidak percaya. Tapi, dia tahu BFF nya itu tidak pernah berbohong dan dia juga bukanlah kaki gosip macam orang lain. Lina tak suka ambil port pasal orang lain. Baginya, itu semua membuang masa sahaja. Sudah lah membuang masa, silap-silap dapat dosa sekali.
"Betul. Lagi pun aku dengar yang Farhan pun syok dengan kau",beria Lina bercerita.
"Tak mungkinlah. Takkan lah senang sangat dia nak sukakan aku. Mesti dia sayang awek dia lebih. Biarkan jerlah. Aku dah tawar hati dengan dia",jelas Aishah dengan Lina.
"Ermm. Takpelah kalau kau dah cakap macam tu. Aku cuma nak sampaikan jer. Mana taw ni berita gembira untuk kau",kata Lina sambil menyedut air cappucino milik Aishah.
"Amboi,pergi beli sendirilah",ditepuk tangan Lina yang sedang menyedut air kegemarannya dengan penuh kehausan.
"Hehehe..aku nak sedut sedikit jer",ketawa Lina dengan senyuman kambingnya itu.
Aishah membuka tombol pintu biliknya dengan longlai. Begitu juga dengan Lina. Sampai sahaja dalam bilik terus terjun atas katil macam setahun tak jumpa katil.
"Penatnya. Macam nak tercabut badan ni",rungut Lina.
"Dah. Jangan nak tidur. Pergi mandi dulu then solat Isyak baru boleh tidur sampai esok pun takpe",dicampaknya tuala ke arah Lina yang sedang terbaring keletihan.
"Baik boss!Heheh",Lina ketawa nakal.

I thought that I've been hurt before...

Berdering telefon bimbit Aishah dengan lagu kegemarannya Stitches oleh Shawn Mendes boyfriendnya(perasan) menandakan ada mesej masuk. Aishah mencapai telefon bimbit di atas meja.

"Assalamualaikum, Aishah".

"What?!!",jeritan Aishah mengejutkan Lina yang sedang tidur lena dibuai mimpi.
"Kenapa ni Shah? Kau buat aku terkejutlah. Aku baru nak kahwin dengan Aaron Aziz",bebel Lina.
"Farhan..dia..mesej aku! Tapi macam mana dia boleh ada nombor telefon aku? Setahu aku, aku tak pernah pun bagi dekat dia nombor aku",Aishah menggaru kepalanya yang tak gatal itu.
"Baguslah tu. Dia nak kata dia suka kau lah tu. Dah aku nak tidur. Jangan bising",bebel Lina.
Hanya beberapa saat sahaja kedengaran Lina senang berdengkur. Penat betul Lina ni. Berdengkur terus.
"Perlu ke aku balas mesej dia? Macam mana ni? Lina tidur pula. Aku baru nak tanya pendapat dia. Ermm. Macam mana ni",fikiran Aishah bercelaru. Tak tahu sama ada mahu membalas mesej Farhan atau pun tidak.
"Baiklah, aku tak nak balas",bebel Aishah. Jari telunjuk kanannya menekan butang send.
"Alamak, asal aku balas mesej dia!",drama tersebut berterusan untuk beberapa saat. Konon tak nak balas padahal dah send pun. Berdebar hati Aishah menunggu mesej daripada Farhan.

I thought that I've been hurt before..

Telefon bimbit Aishah berbunyi. Dicapainya telefon bimbit sepantas kilat.

"Farhan ganggu Aishah tidur ke? Kalau menganggu maaflah".

"Eh,tak mengapalah. Kebetulan Aishah terjaga. Ada apa Farhan mesej Aishah dan dari mana Farhan dapat nombor telefon Aishah?".

"Hehehe. Rahsia. Sebenarnya Farhan nak bagi tahu something dekat Aishah. Hope Aishah terimalah".

Berdebar hati Aishah apabila membaca mesej tersebut.

"Penting sangat ke sampai tak nak bagi tahu esok?".

"Penting sangat. Farhan nak bagi tahu Aishah yang Farhan sebenarnya dah lama sukakan Aishah".

Aishah tergamam dan menahan malu. Tak sangka Farhan pun sukakan dia. Tapi kenapa Farhan couple dengan Salena sedangkan dia pun sukakan dirinya. Persoalannya yang asyik bermain di benak fikirannya.

"Tapi Farhan kan ada Salena. Apa kata Salena nanti?".

"Hehehe. Aishah tak tahu ke Farhan dah putus dengan Salen sebab Farhan sukakan Aishah".

Ketika itu, hati Aishah menjerit kegembiraan sebab cintanya terbalas. Merah padam muka Aishah sebab menahan malu."Tapi, tak mengapa ke kalau aku dengan Farhan. Padahal Farhan dan Salena baru clash. Nanti apa pula orang kata",bisik Aishah.

"Aishah memang dah lama sukakan Farhan. Tapi Farhan jer yang tak sedar".

"Yeker? Kiranya selama ni Farhan ingat Aishah benci dengan Farhan. Farhan silaplah selama ni.heheh".

"Benci tu memang benci. Tapi lama-lama...".

"Lama-lama Aishah suka Farhan? Macam tu ke?".

"Erm".

Aishah menyelimuti tubuhnya dengan selimut. Menyorok muka merahnya disebalik selimut.

"Jumpa esok ye Nur Aishah Farhanah binti Kamil. Assalamualaikum".

"Okay. Waalaikumsalam".

"Malunya nak berhadapan dengan dia",Aishah menutup mukanya dengan bantal busuk kesayangannya.

~tamat Bab 3~

CeritaWhere stories live. Discover now