BAB 6

12 0 0
                                    

Hari demi hari berlalu dengan cepat. Sudah genap 6 bulan Farhan dan Aishah bersama tapi sepanjang mereka bersama Aishah tidak merasa sedikit pun saat bahagia bersamanya. Aishah cumalah memegang status awek dalam perhubungan mereka. Selama 6 bulan ini, Farhan lebih menghabiskan masanya bersama bekas kekasihnya, Salena. Bila ditanya Farhan hanya menyatakan bahawa Salena itu cumalah BFF dan tidak lebih daripada itu. Aishah tahu sebenarnya Farhan masih sayangkan Salena. Tidak hairan lah kalau dia masih sayangkan Salena. Jika dibandingkan Salena dengannya, Salena jauh lebih cantik, bergaya dan ramping berbanding dirinya yang agak chubby dan berpakaian biasa-biasa sahaja.

Hampir banyak kali juga Aishah melihat Farhan duduk berduaan dengan Salena seperti pasangan kekasih. Aishah hanya melihat dari jauh.

"Farhan nampak bahagia sangat dengan Salena. Yelah, siapalah aku bagi dia",bisik Aishah dengan suara sayu.

"Shah, bukan main lagi Farhan dengan Salena. Kau tak cemburu ke? Siap tongkat dagu lagi si Farhan tu. Ya Allah. Sakit pula hati aku tengok. Dia lupa ke dia ada kau",marah Lina sambil diketap giginya.

Aishah hanya mampu tersenyum. Sukar untuk dia berkata. Lina tahu sahabatnya itu sedang berduka.

"Sabarlah, Shah. Tak rugi kalau kau bersabar. Mungkin Farhan akan menghargai kau kalau kau banyak bersabar",pujuk Lina.

"Aku pun berharap macam tu",jawab Aishah dengan sedikit tidak yakin.

Pada malam itu, Farhan dan Aishah berbalas mesej seperti biasa. Terdetik hati Aishah untuk bertanyakan Farhan mengenai perasaannya terhadap Salena.

"Awak, saya nak tanya boleh?",soal Aishah.

"Boleh. Tanya je lah",balas Farhan.

"Awak dengan Sal tu ada apa-apa ke?",tanya Aishah dengan penuh keraguan.

"Mana ada apa-apalah awak. Saya dengan Salena cuma kawan sahaja. One more things, don't you ever called her, Sal. Dia tak suka",kata Farhan dengan nada yang agak sedikit kasar.

Tersentak hati mendengar kata-katanya itu. Selama ini Salena tidak kisah pun dengan panggilan seperti itu. Malah, dia amat menyukainya. Hanya Allah sahaja tahu betapa pilu hatinya ketika itu apabila seseorang yang dicintai membela bekas kekasihnya hanya sebab perkara kecil.

Disaat itu, dia sedar bahawa Farhan tidak boleh melupakan Salena. Begitu juga Salena tidak boleh melupakan Farhan. Tiba masanya untuk Aishah mengalah setelah sekian lama dia bertahan. Menitis juga akhirnya air mata Aishah setelah dipendam untuk sekian lamanya.

"Awak, kita putus",mesej Aishah tanpa berfikir panjang. Terlalu banyak dia menitiskan air mata kerana Farhan.

Farhan hanya mendiamkan diri. Dia tidak membalas mesej Aishah. Aishah pun melelapkan matanya.

Keesokannya, Farhan sedikit murung daripada biasa. Farhan menghampiri Aishah.

"Betul ke awak minta putus?",soal Farhan tanpa ada rasa kesedihan di mukanya.

"Ye, awak. Saya serius",jawab Aishah tanpa melihat mata Farhan kerana tidak mahu hati berbelah bahagi.

"Okay",balas Farhan dengan ringkas.

Aishah sedikit terkejut dengan jawapan ringkas yang diberi oleh Farhan. Seolah-olah dia tidak kisah dengan perpisahan ini.

Bermula daripada menjadi sahabat menjadi pasangan kekasih. Kemudian, menjadi orang asing seperti tidak mengenali antara satu sama lain. Lumrah percintaan. Putus sahaja tidak berkawan seperti dahulu. Mesti akan bawa haluan masing-masing. Tidak bertegur sapa antara satu sama lain.

"Aku rindukan saat kita menjadi kawan bukannya saat kita bercinta",keluh Aishah.

~tamat Bab 6~

CeritaWhere stories live. Discover now