sorry sebab lambat giloss!! And sorry kalau ade typo..; b
........................................................................................................................
"Umi, siapa nak datang petang ni?" Aku tanya umi yang sedang memasak.
"Datuk Sharil dengan Datin Shuffa. Penderma baru untuk rumah ni." Kata umi.
Aku memasukkan sayur kacang panjang kedalam kuali. Memandangkan aku paling tua dekat sini, kerja rumah dan memasak memang aku yang buat.
"Alhamdulillah... Murah rezeki kita mi." Kataku lagi.
"Alhamdulillah Yas."
Aku pandang umi. Tak lama keputusan SPM keluar. Kalau berjaya aku kena keluar untuk menuntut ilmu yang lebih tinggi. Tapi...
"Mi, macam mana tahun tahun depan?" Tanyaku. Tanganku menggaul-gaul kacang panjang didalam kuali menggunakan spatula.
"Kenapa?"
"My study?"
"Kenapa dengan study Yas? Nak belajar luar negara ke?"
Aku pandang umi. Kacang panjang aku telah masukkan kedalam pinggan kaca.
"Err.. Bukan macam tu. Yas kena keluar dari rumah ni ke?" Tanyaku sedih.
"Yalah sayang. Yas kena keluar. Lihat dunia luar. Kalau duduk dekat ketiak umi je, tak boleh jugak. Yas suatu hari nanti akan ada famili sendiri." Kata umi.
Aku mengeluh. "Yas masuk bilik dulu umi." Aku minta pamitan.
Umi Maryam sekadar menggeleng. Tahu akan Ainyas Amira seorang yang manja.......................................................................................................................
"Ma, lambat lagi ke nak sampai ni?" Tanya Amariz. Tak boleh sabar!
"Dah sampai!" Kata Datin Shuffa setelah kereta jenama alphad yang dipandu suaminya memasuki perkarangan rumah anak-anak yatim 'Nur Raudhah'.
"Ni ke? Kenapa tak macam rumah anak yatim pun." Dia peling. Hanya kelihatan sebuah rumah satu tingkat yang besar. Takkan mereka duduk ramai-ramai dalam ni?
"Yelah. Tak ramai pun. Dalam 15 orang rasanya." Jawab Datuk Sharil.
"Ouh. Tak adalah ramai. Patutlah satu je rumahnya." Kata jejaka itu.
Mereka keluar dan memberi salam.......................................................................................................................
Aikk.. Siapa pulak yang datang ni? Aku bangun membuka pintu.
Dummm!!!
"Yas, kenapa tutup pintu tu? Datuk dengan Datin kut yang datang?!" Aku pandang umi.
"Yas lupa pakai tudung mi. Dekat luar ada laki" kataku. Aku segera melangkah masuk kedalam bilik dan memakai tudung labuh berwarna ungu muda. Sesuai dengan bajuku.
Aku keluar semula untuk berjumpa tetamu.
Keluar je, tetamu dah ada dekat ruang tamu. Adik-adik yang lain turut ada disisi umi.
Aku melangkah duduk disebelah umi.
"Datin, nilah yang paling besar dekat sini. Ainyas Amira.17 tahun harini." Terang umi. Aku senyum pada mereka bertiga.
Handsome jugak anak anak dia! Isy, apa kau Yas!!
"Apa berdatin-datin ni kak. Panggil saya Shuffa je. Sama pulak hari jadi dengan anak bujang saya ni." Aku pandang Datin Syuffa. Perlu ke cakap dekat aku birthday anak dia??
"Hah, yeke. Handsome anak Syuffa ni. Siapa nama? Berapa umur kamu harini? "Aku pandang umi. Dah kenapa nak beramah dengan budak ni?
"Saya Amariz Shah. Panggil Riz je. Umur saya 24 tahun harini." Kata Amariz ramah.
"Hm..dah besar. Kerja?"
"Kerja dekat syarikat papa je. Tapi belum tahap CEO lah.." ujar dia sambil tersengih.
Aku pandang je dia ni. Ramah kemain pulak!
"Mi, Yas pi buat air sat ye." Aku bangkit dari sofa dan menuju ke dapur.
"Ha.. syuffa, datuk, meh lah kita makan sama. Dah siap hidang tu."
"Susah-susah je."
"Alah..tak de yang susah.. jom!
YOU ARE READING
CINTA ITU UNIK
RomanceAmariz Shah. Seorang lelaki yang dunianya hanya didalam Teratak Mawaddah dan juga Shah Holdings. Teratak Mawaddah iaitu rumahnya. Shah holdings tempat kerjanya. Ternyata dia bukanlah suka bersosial. Ainyas Amira. Dunianya pula hanya di rumah anak-an...