Ada rindu yang tak bisa aku ungkap,
Ada sepi yang membuat aku rasa gelap,
Ada perih yang darahnya masih aku biar tidak dilap,
Tiba masa aku lari dan bungkus sama semua yang ada dalam bekas kedap , senyap-senyap aku selinap.Awan yang mengiringi perjalanan ini seakan mengerti,
Dia bersedih sama,
Berduka sama,
Mentari juga seakan tidak sabar mahu bersembunyi,
Tidak mahu menyinari dan melihat aku pergi.Akhirnya , malam mengalah dan menyapa ,
Langit juga sudah semakin hilang warnanya,
Kosong sama seperti jiwa aku yang tenggelam bersama kota harapan yang sudah ranap semua , tinggal hanya debu-debu dan sisa kenangan yang kehilangan mencari tuan.
Kasihan...Perjalanan ini aku teruskan,
Melalui jalan gelap dan sunyi,
Takkan aku berhenti,
Biar aku lemah diseksa sepi,
Aku cuba tidak mati,
Perjalanan ini aku teruskan,
Sehingga aku temui cahaya,
di hadapan.