Andai rindu itu kemarau,
Sudah kering kontang dunia kerananya.
Andai rindu itu taufan,
Sudah hancur semua dari sekecil2 pohon hingga setinggi2 menara kerananya.
Andai rindu itu kegelapan,
Berteriakanlah mereka terkapai-kapai bersendirian.Andai rindu itu kamu,
Maka hadirlah bersama hujan.
Tenangkanlah taufan.
Tunjukkanlah jalan keluar dari kegelapan.
Kerana sakit itu aku,
Diseksa kenangan dihantui rindu -- kamu