Tentang Kekeliruan

3 0 0
                                    

Berbagi rasa antara sepatutnya ia atau tidak.
Percubaan entah ke berapa untuk memenangi hatinya membuat aku berfikir bila patut noktah semua?

Kerana ianya tentang rasa,
Jelas sekali tak boleh dipaksa,
Terang-terang harus direla.

Kalau soal sepatutnya ia atau tidak itu jawapannya ya, mungkin juga itu percubaan sia-sia.
Mahu dijuangkan yang mana?
Yang akhirnya sia-sia,
Atau dibiar saja tak terusaha.

Kompleksnya dia buat aku ingin tahu semua,
Namun di sudut lainnya seakan aku tak layak juga.

Entah saja jawapan yang tepat.
Biar saja waktu yang terlewat.
Minta tuhan tunjuk mana tepat.

SECARINGWhere stories live. Discover now