Introduction pt 2

643 20 0
                                    

BZZZZZZZZ BZZZZZZZZ

Bunyi phone bergetar lagi.

AHHH APA LAGI. AKU NAK TIDOQ LA !

Maki hamun macam nak rak pagi-pagi. Ehh tengah hari.

Check notification sekali lagi.

"Ouh Nuren." Getus hati aku.

Nuren ni seorang pelajar SBP yang main band.

"Weh Wan."

"Haaa, asal ?"

"Aku dekat Penang ni, ada tournament."

"Then, nak suruh aku buat apa?"

"Kau kate haritu beria sangat nak jumpa Iqa. Aku dekat Penang ni dengan dia. Takkan tak nak jumpa dia ?"

"Arghhh jap jap." Aku balas mesej dia dengan keadaan terpaksa. Jaga hati kawan punya pasal.

"Jumpa dekat mana?" Tanya aku dengan nada seorang manusia baru bangun dari tidur.

"Queensbay Mall."

"Erghh, ha jap, sat aku sampai."
Aku bangun dari katil dengan malasnya. Erghh, kacau mood aku tidoq ja.

Aku terus bersiap, tepat ja aku nak keluar, mak aku terus terjah aku.

"Haaa nak pi mana? Dengan wangi bagai semua ni?"

"Jumpa kawan jap mama." Dengan faceless aku jawab.

"Kawan ka bakal bini?"

PAMMM ! Satu pertanyaan yang padat daripada seorang ibu kepada anaknya laki sorang ni.

"Ehh, takdak la. Kawan la. Dia duduk Perak. Dia mai sebab ada tournament apa tah kat sini." Aku cuba mengelak soalan yang bagaikan tendangan bola Wayne Rooney dari ibu aku sendiri. Pehh padat dan padu betul.

"Hrmm yelah, ni ada duit tak ni?" Soal ibu.

"Ehh, ada aih." Balas aku sambil tersenyum macam kerang busuk.

"Jap ehh..."

Mak aku meluru ke bilik.

5 Minit kemudian....

"Nah, buat duit belanja."

"Ehh buat susah mama ja."

"Ambik je la, jangan banyak cakap." Balas ibu aku dengan nada yang tinggi.

"Hrmmm yelah..."

Setelah itu, aku bersalaman dengan ibu aku dan terus keluar ke perhentian bas untuk menunggu bas.

------------------------------------------------------

Selepas 1 jam....

Ahh, anak haram punya bas. Lambat macam apa lagi ergghh.

'berzikir' aku lagi sekali. Mana tak nya, dah 1 jam tunggu bas. Tak sampai sampai lagi. Ergh stress.

Aku terus buka phone aku dan menelefon Nuren.

"Woi."

"Haa, mane kau? Tak nampak muka pun."

"Weh, hang kirim salam je la kat Iqa, aku tak boleh datang. Ada masalah sikit."

"Haih, kesian iqa. Tunggu kau. Haaa yelah."

"Sorry la weh..."

"Hrmm.. ye ye. Nanti apa-apa aku bagitahu kau ye."

"Haaa okay. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Talian diputuskan. Hrmmm, biarlah. Alah nanti cuti sem aku boleh jumpa dia. Dah ada lesen nanti, NANTI LA. PFFT.

Tarbiah Sorang Sahabat.Where stories live. Discover now