Bab 4 : Throwback

461 43 7
                                    

#Chucky POV#

"Huarghhh"
Tangis Aku apabila dapat sahaja aku melihat dunia ini...
Aku dilahirkan dengan rupa yang seperti patung, kata orang aku terkenan. Rupa aku menakutkan. Korang tahu chucky? Chucky bukan berasal dari patung tapi berasal dari roh jahat yang masuk ke dalam patung. Tapi sekurang-kurangnya chucky pernah merasa hidup seperti manusia normal.

Tapi aku?! Aku sejak bayi. Ditinggalkan insan yang bernama ayah. Dia tidak dapat menerima rupa aku. Rupa aku yang penuh seperti parut terhiris. Tapi sebenarnya apa yang ada di rupa aku ini adalah faktor pembiakan aku masa didalam kandungan tidak stabil.

Aku sebenarnya terkenan disebabkan ibuku semasa mengandungkan aku, dan masih dalam keadaan pembentukan, sebelum terbentuk jasad, dia suka menonton apa yang dinamakan cerita 'child's Play'. Disebabkan terlalu taksub dengan cerita itu, Aku terkenan dan jasad aku membentuk seperti patung itu.

Semasa awal kelahiran aku, tergempar satu hospital tentang keadaan aku yang pelik. Baru lahir sahaja aku sudah boleh bercakap dengan petah sekali. Semasa doktor mahu menunjukkan aku ke arah ibuku, aku sudah boleh memanggilnya mak.

Waktu itu aku dapat lihat dengan jelas rupa orang-orang yang menyambut kelahiran aku, memandangbaku dengan pandangan pelik dan begitu juga ibuku. Apabila dia melihat sahaja rupa aku, dia menolak aku dengan keras dan memalingkan mukanya.

Aku bukan hanya diberikan rupa yang cacat, tetapi aku juga diberitahu bahawa perkembangan pertumbuhan badan aku juga akan berhenti apabila umur aku mencecah tiga tahun.

Setiap hari ibuku memukul aku. Apabila dia ada masalah, akulah tempat dia melepaskan segala amarah. Aku dibuatnya seperti patung yang tidak bernyawa.

"Aku benci ko!" katanya setiap kali dia dalam keadaan marah

"Engkau punca aku ditinggalkan."
"Engkau menyusahkan hidup aku."
"Engkau tidak patut lahir."
Itulah kata-kata seorang yang bernama ibu, setiap detik setiap saat dia dera aku dengan pelbagi cara. Ada suatu hari itu, dia mengalami masalah di sekolah, kerana di marahi pengetua, disebabkan nilai peperiksaan menurun.

Disebabkan itu aku dikurung sehhari suntuk dibilik, tanpa cahaya matahari,tanpa makan dan minum.
Aku menanggis, dan menanggis tapi tidak dihairaukan.

Aku juga tidak pernah dibenarkan keluar rumah.. Kekadang aku jealous apabila melihat, kanak- kanak sebaya aku main bersama kawan-kawan. Tapi aku? Aku hanya dapat melihat melalui tingkap sahaja.

Ibu kata dia tidak mahu aku menakutkan orang dan dia tidak mahu aku diketahui orang.

Sebelum ayah aku dan ibuku berpisah, mereka sering gaduh, aku dipukul dengan getah paip, kekadang ayah aku, menghiris tangan aku apabila dia tidak dapat melepaskan amarah kepada ibuku.

"Apa mereka fikir aku tidak ada hati?tidak ada roh?" kekadang aku berfikir seorang diri.

Pernah sekali pelajar-pelajar ibu datang kerumah, ibuku melayan mereka begitu baik. Aku jealous dengan mereka. Kenapa aku tidak dilahirkan sempurna? Kenapa aku diberikan ujian sebegini.

Suatu hari aku dapat melarikan diri, dengan menyusup ke kereta ibu secara senyap-senyap. Aku turun di sekolahnya dengan senyap-senyap juga tanpa ketahui.

Dan disitu aku jumpa satu bangunan kosong yang ditinggalkan. Di situ juga aku menjumpai seorang nenek tua, yang aku tidak pasti siapa dia.

Dia hasut aku dengan pelbagai hasutan. Di bilik itu sudah tersedia cctv. Aku tidak tahu dari mana datangnya. Sehari suntuk aku dijaga. Dia juga mengajar aku beberapa sihir sehingga aku mahir.

Dan setiap hari juga aku menahan jealous, ibuku sentiasa melayan pelajar-pelajar dengan baik yangbaku dapat lihat dari cctv. Memberi mereka nasihat tentang anugerah tuhan kepada kita iaitu seorang anak yang harus dijaga dengan baik. Aku yang mendengar pengajaran dia itu, aku tergelak sedikit, yelarkan dia sendiri tidak betul mahu mengajar orang?

Tetapi, suatu hari ada ustaz yang datang menyerbu ke bangunan itu, dia membunuh nenek itu. Aku baru mahu merasa apa itu kasih sayang tapi senang-senang sahaja diganggu oleh orang.

Mereka membunuh nenek uh dengan ayat-ayat Al-quran. Aku tidak tahu kenapa nenek boleh mudah musnah dengan ayat-ayat itu. Mereka tidak mengganggu aku, kerana mereka tidak masuk, mereka hanya membacanya diluar jadi mereka tidak tahu.

Melalui cctv, aku dapat lihat mereka sedang merancang mahu memusnahkan bangunan ini. Hal ini membuatkan aku geram dan marah. Jadi aku gunakan segala yang aku pelajari untuk memusnahkan mereka dahulu sebelum mereka memusnahkan tempat tinggal aku.

Aku memulakan dengan memagar sekolah ini agar yang diluar tidak boleh masuk dan yang didalam tidak boleh keluar.

Pak Guard? Aku sudah culik sewaktu dia datang meronda.
"Arghhh" jeritnya apabila aku mula menghiris-hiris kulitnya. Aku seronok kerana dapat melihat darah. Dalam kesakitan kerana sebahagian kulitnya sudah tiada, aku tambah lagi dengan menuangkan air panas dia atas luka dia itu.

"Arghhhhhhhhhhhh." jeritnya kesekian kali kerana lukanya semakin teruk dan melecur. pak guard itu tidak dapat melawan kerana kaki dan tangannya seperti terikat, padahal tidak pun. Sebenarnya chucky sudah mengenakan sihir keatasnya.

End pov

#Pak Guard Pov#

"Arghhhh" aku menjerit lagi apabila dia menuangkan air panas mengelegak ke atas daging aku yang kulitnya telah dia siat, kesakitannya tidal dapat aku luahkan, terdapat bau daging yang seperti sudah masak. Yelar daging aku sudah masak. Aku lihat dia ambil pisau lipat lalu..

"Eermm." aku bergerak-gerak kerana dia mahu mencungkil pula daging kaki aku yang sudah masak itu. Tapi aku seperti tidak berganjak dan

"Arghhhhhh" kesakitan yang kalinya membuat kan aku berfikir lebih baik aku mati dari terus diseksa sebegini rupa. Separuh nyawa aku menahan sakit.

End pov

"Erm." suara anak kecil itu apabila dia merasa daging PakGuard. Dan kali ini dia mahu mencucuk dan menghiris buat kali kedua.

"Arg.. Ya Allah!" kedengaran suara Pak guard dan tiba-tiba...
Chucky mencucuk tapi orang itu tidak bersuara. Ya! pak guard itu sudah tidak bernyawa kerana kesakitan yang dia alami dan kehilangan nyawa membuatkan nyawanya melayang.

"Hahahahaha" chucky ketawa kegirangan. Dia tidak tahu kenapa dia begitu gembira apabila dapat melihat darah.

"Ya Allah!" kedengaran suara seseorang. Chucky menoleh. Ye suara itu adalah suara pengetua sekolah yang mencari guard yang dia ingat mencuri tulang. Lain dia harap lain yang dia nampak.

Dengan sepantas kilat. Pengetua terus ke bilik pengumunan. Tapi baru dia ingin memberi penyebab kekecohan dia sudah dibunuh menggunakan tongkat yang dihadiahkan neneknya.

Pekerja pejabat lain yang melihat kejadian itu, terus berlari ke pagar. Tapi...

*zethhhhh*
Mereka seperti terkena kejutan elektrik apabila mendekat ke arah pagar. Dan mereka semua mati di situ dalam keadaan hangus.

Chucky hanya ketawa melihat itu semua.

#throwback end#

TBC

A/N: author nak bgthu ni, yang nenek uh bukan manusia. Tapi syaitan. Sebab itu, bila ustaz menyerbu dia mati apabila bacaan ayat al-qur'an dialunkan. Dan kerana dah berminggu chucky duduk bersama dengan dia, chucky sudah menjadi jahat.

Ni lah maksud tersirat sebalik bab kali ini...

Btw sorry kalau kali merepek meraban...huhu..

Kalau ad apa2 tinggalkan lah komen ye. Kalu best jangan lupa vote.

Chucky Menyerang Sekolah?!Where stories live. Discover now