"No! Tak nak!!" Naura menjerit sekuat hatinya. Tidak dihiraukan Awani dan Izz yang baru balik dari mana entah.
"Naura, awak tahu kan saya sayangkan awak?"
"Awak tak faham Danial. Hati saya,jiwa saya,cinta saya hanya untuk dia seorang. Suami saya,"
"Tapi Naura---"
"Look, Danial . Kenapa awak tak fikir semua ni sebelum awak pergi tinggalkan saya? Kenapa sekarang baru nak terhegeh-hegeh? Pergilah Danial. Pergi cari perempuan yang sempurna untuk awak. Saya tak sempurna. Malah nak jadi seorang isteri kepada suami saya pun saya rasa saya tak layak. Saya tak mintak hidup saya jadi macam novel cinta ataupun drama pukul 7 kat tv 3 tu. Saya yakin ada perempuan yang lagi cantik dari saya kat luar sana sedang tunggu awak. Cuma awak perlu cari dia,"
Naura melepaskan keluhan sebelum menekan end call di telefon pintarnya. Dia duduk bersila di bawah pokok yang tidak terlalu besar. Pokok itu hanya bersebelahan dengan gazebo tapi entahlah, dia lebih selesa duduk bersila di atas rumput. Serabut otaknya apabila memikirkan Danial yang tidak serik-ii mengganggu dia. Sedang asyik dia memerhati sekeliling , dia terlihat susuk tubuh yang amat dikenalinya sedang bersembunyi di sebalik pasu besar.
"Awak buat apa kat situ? Keluarlah. Saya nampak awak,"
Izz hanya tersengih sambil mengurut tengkuknya. Tindakan refleks bila dia tak tahu nak cakap apa.
"Mengintai saya ke?" Izz ketawa sebelum melabuhkan punggungnya berhadapan dengan Naura.
"Sayang,"
"Err-- awak cakap dengan saya ke?"
"Eh, tak lah. Saya cakap dengan daun yang gugur belakang awak tu. Mestilah saya cakap dengan awak. Ada orang lain lagi ke kat sini?" Ujar Izz sambil tersengih. Naura buat muka blur. Dia pandang wajah Izz berkali-kali. Masih kacak. Kacak macam kali pertama dia jumpa Izz.
"Yang awak pandang saya macam nak makan ni kenapa? Rindu eh?" Izz menjongketkan keningnya. Naura terus melarikan pandangannya ke arah lain.
"Rindu? Tolonglah,"
"Alolo. Cancel lah nak bawa awak pergi konsert,"
"Konsert apa?"
"Nah ," Izz menghulurkan sekeping poster yang berwarna kuning kepada Naura. Naura diam sebentar sebelum mengulum senyuman. Semakin lama semakin lebar senyumannya. Harap-ii bibir dia tak terkoyak dek menampung senyuman Naura yang tersangatlah lebar.
"Serious?"
"Serious lah sayang. Saya dah tempah tiket, " Naura senyum lagi sebelum menatap poster itu buat kali kedua.
Sounds Live Feels Live
5 Seconds of Summer
2nd March 2016
Kl Convention Centre
Malaysia"Saya sayang awak,"
"Sayang awak jugak," kata Izz sambil mencium dahi Naura.
"Abang Izz!! Tolong Awani bukakan sos tomato!"
Semuanya indah sebelum mendengar suara perempuan tu.
"Kejadah apa panggil awak sebab nak suruh bukak sos tomato je?"
"Saya pergi dulu lah. Bye," Izz terus bangun meninggalkan Naura yang sudah berubah riak.
"Pergilah kat bini kesayangan kau tu,"
***
"Hello sayangku Naura , aku dah balik Malaysia ni. Tak nak jumpa ke?" Tawa halus kedengaran di sebalik talian.
YOU ARE READING
Kisah Aku Dan Dia! ✔
RomanceAkibat kejadian dia melanggar kereta lelaki itu,dia kini diulit sengsara. Untuk menyelamatkn maruahnya,dia perlu berkahwin dengan lelaki yang baru dikenali kurang daripada 30 minit . Mahu pecah dadanya melayan karenah lelaki itu. Setelah agak lama m...