Part 3

544 28 4
                                    


"Simbah air kopi kaw kaw punye..."

Fuad ketawa. Tagline duh! Mak ai...bukan setakat twitter! Siap upload video kat Instagram lagi! Edit pulak tu. Lempang sekali jadi tiga kali. Simbah sedas jadi empat das! Habislah... confirm satu Malaysia tahu. Hilang gentleman Farid. Pupus ayu perempuan yang Farid dok simbah kopi tu.

"Bergaduh punya tak ingat. Macamlah kafe tu ada kau orang aje. Berperang pun agak-agaklah. Tak tengok keliling ke apa kes ni?" Fuad sengih. Muka Farid yang sah-sah nampak blur dipandang.

"Ish... lantaklah. Aku malas nak layan."

Tak sampai sejam twitter dah ada lima ribu favourite. IG lak nak dekat empat ribu like. Sudah! Zaman sekarang bukannya boleh salah sikit. Tak tahu cerita pun dah mula pandai nak komen. Tak sah hujung pangkal. Buat tambah dosa aje!

Farid terasa nak sepak muka sendiri. Dahlah Minah tu perempuan. Dia pulak lelaki. Bukannya manusia-manusia tu tak suka. Ramai yang gelak-gelak adalah! Sinis pulak tu. Apa nak jadi dunia ni. Tapi dia pun sama. Emo tak ingat! Macam mana boleh tergerak tangannya nak capai gelas. Simbah lak tu tepat-tepat ke muka!Farid garu kepala. Biarlah! Salah, Minah tu. Bukan dia.

"Kau nak minta maaf tak?"

"Tak kuasa aku nak layan Minah tu."

"Kalau geram sekali pun, takkan kau panggil dia minah. Mesti ada namakan?"

"Oii hai..." Farid hela nafas. "Dah memang nama dia Minah. Bukannya aku saja-saja panggil dia Minah."

"Minah?" Fuad kerut dahi. "Tak ada nama lain ke?"

"Aminah. Tak boleh? Nama lain apa kau nak lagi?"

Fuad sengih. Betul juga. Dah mak ayah dia bagi nama tu. Aminah... jarang dah orang sekarang dok bagi anak nama macam tu. Berjela-jela panjang adalah. Nak tulis dalam borang pun susah. Petak tak cukup. Ruang kosong tak muat. Apatah lagi bila nak daftar ambil exam. Jenuh!

Farid capai bantal. Mukanya dibenam. Fuad tengokkan aje perangai abangnya. Dahlah kena tinggal hari nikah. Sekarang dok kecoh isu Farid aniaya perempuan. Tak pelik kalau kes ni berkait-kait nanti. Dah ada pulak yang komen. Tuduh Farid panas baran.

"Tulah kau. Aku suruh pergi kerja kau tak nak. Duduk rumah, layan perasaan. Lagi tak boleh jadi."

Farid diam. Bisinglah Fuad!

"Kau dengar tak ni?" Fuad pandang Farid. Tak ada response. Farid buat-buat tak dengar. Fuad angkat tangan. Terasa nak hempuk kepala Farid. Tak sampai hati lak. Buatnya terlebih hentak, mahunya masuk hospital. Jadi kes.

"Hoi!"

Belum sempat Fuad sambung ayat, terjengul Farouk di muka pintu bilik. Lelaki itu sengih. Farid pula buat tak tahu. Farouk cebik bibir. Fuad jungkit bahu. Mata kedua-duanya terhala pada Farid. Fuad angkat jari telunjuk. Dipusing-pusing dekat dengan kepala Farid. Farouk tahan ketawa. Apa-apalah budak berdua ni.

"Aku nak keluar ni. Nak ikut tak?" Pelawa Farouk. Dia tahu Farid gelisah. Risau. Kecewa.

Farid geleng. Keluar? Lagilah tak sanggup. Gara-gara keluar rumah tak sampai sejamlah muka dia jadi glamer. Kena kutuk pulak tu!

"Susah masalah kau ni. Jiwa kacau betul." Farouk geleng kepala. Dah kecoh kat twitter. Kat IG. Dia pun tak tahu nak ketawa ke nak kesian. Bukan setakat nasib malang. Dah jadi Lebai Malang Farid sekarang ni. Orang lain jatuh mungkin ditimpa tangga. Tapi Farid. Gunung-gunung ikut sekali jatuh!

"Jomlah kita keluar, angah. Duduk rumah pun bukan boleh buat apa. Aku nak tinggalkan kau sorang-sorang pun aku takut. Kau ni dahlah emo semacam aje aku tengok. Ikut kita orang ajelah." Pujuk Fuad. Marah pun marah juga. Sebab tu mesti sejukkan hati.

Farid kalih duduk. Tak cakap apa, dia baring. Mengiring. Fuad mendengus. Dia bangun. Tinggalkan katil. Tinggalkan bilik. Farouk hela nafas. Biarkanlah. Farid bukan budak kecik!

Farid renung tingkap bilik. Pedajal hidup dia, Ashikin. Malukan dia masa hari nikah pun Ashikin. Tapi kenapa kesan buruknya datang pada dia? Dan perempuan nama Minah tu pun. Siapa? Tak pasal-pasal nak ejek dia. Susahkan dia.

Ishhhh!! Serabut!


Bakal Suami Tak Jadi (Terbit November 2017 - BESQ Publication)Where stories live. Discover now