Part 13

467 36 1
                                    

Farid sengih. Teringatkan muka bengang Minah. Ada hati nak menipu aku. Macamlah aku tak tahu nama penuh Minah. Farid ingat sebab Tengku Imran yang beritahu. Tengku Aina Aminah. Staf-staf Nim Holdings panggil Tengku Min. Memang kena berlakon lebih depan perempuan ni. Tak apa. Aku tengokkan aje. Patutlah berlagak semacam. Anak orang berada rupanya.

"Hmm... sengih memanjang. Apahal kau ni?"

Farid pandang muka Johan. "Apa?"

"Aku tanya kau dah kenapa? Sengih sorang-sorang. Angau?"

"Ishh... tak ada makna." Farid kerling Johan. Angau apanya. Bengang adalah. "Kau telefon nak jumpa aku ni. Apahal?" Tanya Farid. Laju tukar topik.

"Ashikin. Dia nak kahwin dah."

"Apa kena-mengena dengan aku?" Farid cebik bibir. Malas nak fikir pasal Ashikin. Buat sakit hati. "Kau tahukan. Aku ni dah puas seksa diri sendiri. Hidup aku mesti terus. Banyak lagi perempuan aku boleh pilih."

"Dah ada yang berkenan ke?"

"Kalau ada, kenapa? Kau nak tolong aku?"

"Eh! Serius ke ni? Kau biar betik. Cepat betul ubat luka di hati kau tu." Johan renung Farid. Tak sangka sungguh. Johan ingat Farid nak kecewa bertahun-tahun!

"Percaya aje. Tak adalah..." Farid cerun mata. Tersengih Johan tengok Farid. "Kau tak payahlah kesian dengan aku, Johan. Simpati orang, umpat orang, aku dah tak larat nak hadap. Malas."

"Aku tahu. Kau tak suka orang kesian dengan kau. Tapi tulah. Kau mesti kuat semangat."

"Don't worry. Aku dah jumpa lubuk nak hilangkan stress aku ni."

"Bercerita pasal stress, aku teringat video kat Instagram pasal kau dok simbah air kopi tu. Ingat?"

Farid angguk. Mana boleh lupa. Hari ini dalam sejarah!

"Puaslah aku tengok muka perempuan kau dok simbah tu. Pandang punya pandang, baru aku perasan. Perempuan tu yang bagi selipar pada kau kat masjid. Seiras. Tak ada ciplak punya."

"Minah?" Farid terkejut. Ish! Bukan kot.

"Minah mana pulak ni. Perempuan tu. Bukannya minah." Ujar Johan. Tak tahu cerita sebenar. Farid garu kepala. Minah ke? Dia bagi selipar kat aku? Betul dia? "Aku peliklah. Apahal korang gaduh? Sepatutnya kau ucap terima kasihlah, kan. Ini tak. Kesian aku tengok perempuan tu."

"Tulah kau. Dia lempang muka aku ni dulu." Farid tuding jari hampir ke muka. Jadi Minah marah kenapa? Sebab dia tak layan Minah waktu di masjid? Mustahil pulak. Dia memang tengah frust gila masa tu! Manalah ada masa nak tengok, pandang perempuan lain.

"Ya tak ya juga. Dia tolong kau. Lepas tu dia lempang kau. Macam tak logik aje."

"Tak logik ikut kepala kau. Kepala perempuan tu tak kot..."

"Kenapa? Perempuan tu mental ya?"

"Bukan setakat mental. Senget." Farid saja tambah kutuk. Ikutkan baik hati Farid, nak saja ucapkan terima kasih pasal selipar. Tapi ingat lempang Minah, tak jadi pulak.

"Patutlah hari tu aku nak berborak dia blah macam tu aje. Tak sempat nak berkenalan." Cebik Johan. "Tak betul rupanya..."

Farid tahan rasa nak ketawa. Johan ni pun satu. Kadang-kadang bendul juga. Percaya terus apa orang cakap. Farid ambil gelas kaca atas meja. Teguk fresh orange yang dia pesan. Farid terus pulang ke rumah lepas jumpa Johan. Baru nak jejak kaki atas anak tangga, dah dengar suara ayah. Farid berpaling. Pandang ayah yang mukanya serius bila nampak Farid.

Bakal Suami Tak Jadi (Terbit November 2017 - BESQ Publication)Where stories live. Discover now