Setia

6 0 0
                                    

"Sukarkah untuk setia?"
Aku mencari jawapan
Bagi soalan yang kau berikan.
Terdiam kelu lidah terpaku
Tak mampu menjawab soalanmu
Yang menoreh dikalbuku.

Aku terdiam tidak menjawab
Kau sudah berputus harap,
Karena kau tidak mampu lagi menghadap
Harapan yang kian malap.

Aku biarkan jawapan itu begitu,
Agar suatu hari nanti engkau tahu,
Karena engkau takkan mampu
Mengerti bahawa hatiku
bukan hanya pada yang satu.

10:47pm // 1 Dec 2015

Diari Cinta ChaHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin