sambungan part I

362 6 0
                                    

Hm mcm tulah agaknya. Tapi takpa aku akan cuba pendekkan. Sebenarnya dari awal lagi sewaktu aku jejakkan kaki di sekolah tu . Iyalah aku baru pindah dari sekolah SMK Djk ke sekolah ni. Masa tu tingkatan empat. Awal persekolahan lagi aku dah perasan mamat tu. Taktau lah aura apa dia bawa.

Sewaktu aku melihat dia buat pertama kalinya jantung aku yang sebelum ni mengepam perlahan menjadi laju. Nafas aku laju bagaikan baru habis berlari bergilir-gilir 400 meter pas baton. Tambah tambah waktu dia sedar aku usya dia dan dia pon membalas pandangan aku dengan memandang tepat ke kornea mata aku. Aku terkebil kebil bagaikan sedang ditanya soalan kbat tahap maximum yang tak ada jawapan oleh guru. Dasyat sungguh penangan pandangan matanya.

Aku gagahkan diri untuk berdiri tegak kerana terasa lututku lembik secara tiba tiba seakan diketuk ketuk sama seperti hati aku yang juga diketuk ketuk sewaktu itu. Itu baru perjalanan nak naik ke kelas tak sehari hari aku asyik nampak dia. Yelah kelas bersebelahan.

Hang, Aku & DiaWhere stories live. Discover now