part III.II

213 5 0
                                    

Aku terlihat Jenab yang berada di hadapanku sambil mengukir senyuman. Aku tidak pasti senyuman itu ditujukan kepada siapa. Kalau dekat mamat tu tak mungkin sebab Jenab hanya memandang anak tangga yang bercat merah itu. Mungkin dia teringat akan kenangan manis sewaktu dia nyaris tergolek semasa dia hendak memijak anak tangga tersebut namun nasib tidak menyebelahinya kerana kakinya tidak kesampaian. Nasib baik ada aku disebelahnya untuk dia paut. Mungkin.

Andaian aku terhenti apabila senyuman diwajah Jenab pudar seperti mengikut bayang bayang mamat tu sampai tidak kelihatan lagi. Aku pon bertanya akan Jenab. "Hang senyum kat sapa?"

Aku ingin memastikan kepada siapa dia tersenyum. Adakah kepada mamat tadi? Adakah Jenab........suka.....kan mamat tu?!!?!?! What the f**h Jenab ni! Kalau betol la. Belum Jenab menjawab aku sudah menyumpahnya. Kelihatan Jenab keberatan untuk menjawab pertanyaan itu. Tetapi bibirnya bergerak perlahan seperti ada jawapan.

Aku memasang telinga ini dan menfokuskan bibirnya sahaja. Jenab kemudian tersenyum dan berlari kucing meninggalkan aku selepas menampar bahu aku persis mcm watak heroin kemalu maluan dalam filem hindustan. Aku pon apa lagi. Aku mendaki tangga itu dengan penuh semangat mengejar Jenab untuk mendapatkan jawapannya.

Sampai saja dalam kelas aku lihat sudah ada guru yang mengajar. Yalah dekat tangga tadi pon sudah sepuluh minit masa terbuang.

Hang, Aku & DiaWhere stories live. Discover now