part IV.I

217 5 0
                                    

Keesokkannya aku bingkas bangun dari tidurku apabila jam telefon aku berbunyi menandakan sudah pukul enam. Aku mandi dan segera solat subuh. Aku kemudian memakai pakaian seragam sekolah dan menuju ke katil emakku.

Kemudian emak aku bertanya "Hang nakpi mana?" Aku pon pelik kenapa soalan tu ditujukan kepada aku. Kenapa emakku bertanya sebegitu lantas aku melihat kelendar yang tergantung di tepi katilnya.

Allah! Rupa- rupanya hari ini hari jumaat. Hari cuti persekolahan. Bagaimanalah aku boleh lupa walhal aku paling suka waktu cuti.

"Alamak mak cek lupa la haqini cuti. Haih [sigh]" Mengeluh aku sambil melondehkan pakaian seragam yang dipakai. Ni sebab Jenab lah ni! Jenab dipersalahkan. Aku benar benar lupa kerana kepinginan cepat cepat tahu jawapan kepada soalan aku itu. Dan jawapan itu mestilah dari mulut Jenab sendiri.

Hang, Aku & DiaWhere stories live. Discover now