Gugup. Seram. Takut. Banyak lagi lah. Itu yang dia rasa sekarang.
Aku hanya memandang keadaan sekeliling. 'Cantik sekolah ni. Kalah sekolah lama aku.'. Aku hanya melayan perasaan sendiri untuk hilangkan semua rasa tadi.
"Baik. Semua urusan bayaran dah selesai. Parents boleh baliklah. Barang keperluan asrama pun sudah dihantar ke bilikkan. Saya rasa itu sahaja. Saya bawa dia ke kelasnya ya.", ujar Puan Fatiha merangkap guru kelasnya.
"Terima kasih banyaklah cikgu. Nanti ada apa-apa saya call cikgulah. Cikgu tegurlah kalau dia buat salah. Remaja kan. Banyak benda yang nak dibuatnya.", Datin Asma bangun dan bersalam dengan guru itu.
"Jaga diri elok-elok. Belajar jangan stress sangat. Enjoy your new environment here. Cuti nanti ibu datang. Dekat asrama pandai bawa diri tau. Jaga solat.". Kata Datin Asma. Si anak sudah tercebik menahan tangis.
"Jangan nangis. Dah tak comel dah anak ayah ni. Jangan nakal. Solat jangan lupa. Study smart not study hard, okay?" sambil memeluk anaknya, Datuk Amran memberi nasihat.
Gadis itu hanya mengangguk sambil menahan tangis.
"Baiklah class. Ni pelajar baru, Amielya. Amielya kenalkan diri" kata Puan Fatiha.
Hilang terus bayangan ibu ayahnya. Yang ada di depannya hanyalah wajah rakan sekelasnya yang merenung bagai nak terkeluar anak mata. Siap ada yang menganga mulut lagi.
"Asalamualaikum. Nama diberi Amielya Natasya binti Datuk Amran. Panggil Amielya. Anak tunggal. Asal Selangor. Salam perkenalan."
'Lawanya dia.'
'Anak Datuk wei....'
'Ramailah minat dia nanti.'
'Untung badan. Lawa and comel je.'
Terdenger suara suara yang mula berkata setelah dia memperkenalkan diri.
"Itu je? Ada lagi tak nak cakap?"
Aku hanya menggeleng sambil tersenyum
"Class ada nak tanya soalan kat Amielya ke?"
Bising sekejap kelas memikirkan soalan yang ingin ditanya."Muka pakai apa? pemerah pipi ke? kenapa merah sangat?" Tanya gadis di hadapannya. Terlihat name tag. 'Sakinah'.
Seluruh kelas diam. Menanti aku menjawab soalan Sakinah.
"Tak. Memang macam ni. Biasanya sebab panas. Ikut ibu."
'Bestya. Dahlah cantik. Pipi merah pulak tu.'
'kan...'Terdengar lagi suara sumbang. Aku biarkan sahaja suara-suara itu. Aku hanya tersenyum senget. Tak ikhlas.
"Ada nombor telefon?" Apek aka Afrael si buaya darat bertanya.
"Private." ringkas sahaja jawapannya. Sambil memberikan muka toya.
'wuuuuuu....HAHAHAHAHA..' Mereka di dalam kelas ketawa kerana buaya darat yang dikenali seluruh warga sekolah ditolak depan orang ramai.
"Ada boyfriend ke cik kak? Asal nombor private?" Kawan Apek, Nizam menyampuk.
"Hmmm... no comment." sambil tersenyum sinis.
Semakin bising kelas. Dengan yang gelaknya. Juga yang mula memandang sinis kepadanya.
"Dah dah korang ni. Banyak soalan pelik pula yang ditanya. Amielya, boleh duduk kat meja sebelah Zaini kat belakang sana." Cikgu Fatiha meleraikan sebelum kelas bertambah bingit dengan soalan yang lagi merapu.
Amielya berjalan dengan tenang sebelum duduk di tempat duduknya. Aku hanya menoleh sekilas meja sebelah.
'Tenang Amielya. Sikit je tu. Diorang nak bergurau lah tu. Lagipun rakan sekelas juga..'
"My name, Zaini Naim bin Zamarul. Boleh panggil Zaini." Tiba-tiba ada stickey note di atas mejanya.
Aku hanya memandang tanpa rasa ingin menegur. 'Bukan aku tak tau dia nak kawan tak lain tak bukan mesti sebab aku anak Datuk. Bencinya..'
'Sombong gila minah ni. Tegur pun salah ke. Kalau aku tau lah baik tak payah tegur.'
Akhirnya saling mendiamkan diri sahaja yang dilakukan.
Tamat kelas semua berebut nak berkejar ke dining. Kebulur dah tahap dewa lah tu. Nak-nak budak lelaki. Macam baru lepas keluar kandang..
Budak lelaki sebelahnya hanya mengemas dengan tenang seolah tak pergi makan. 'Puasa sunat mungkin. Hari Khamis kan.'
. Aku hanya berkata dalam hati.Aku membuat kerja rumah sambil dia membaca buku yang tak aku nampak tajuknya.
"Kau tak pergi makan ke?" Aku pelik sebab masa makan lagi hanya tinggal beberapa minit untuk lelaki makan. Lagi satu sebab rimas kerana dia ada di sebelahku.
Aku yang malas balik asrama hanya tunggu di dalam kelas. Lagipun aku malas nak patah balik untuk ke dining. Nanti kena beratur panjang.
'Sebab aku pernah duduk asrama lah aku tahu.'"Malas." Hanya sepatah dijawabnya tanpa beralih sedikit pun mukanya dari buku yang dibaca.
"Jangan dilayankan si Zaini ni Amielya. Dia memang selalu tak makan tengah hari. Dia balun makan pagi dengan malam je." Suara di hadapanku kedengaran.
Dia menoleh kebelakang menghadapku. "Saya Maisarah. panggil Mai boleh Sara pun boleh. Budak sebelah tu memang macam tu. Biar je. Gastrik padan muka. Eh, kenapa aku cakap pasal kau. Buang air liur je. Amielya, pergi makan sama ya nanti."
"Diamlah kau. Semak je ambil tahu pasal aku."
"Mana ada, dah kau tiap kali habis kelas memang macam tu. Aku bagitau je kat Amielya. Kau sibuk apahal."
"Diamlah."
"Kaulah diam."
Aku perhati sahaja gelagat mereka. Maisara diperhatikan seorang yang friendly.Budak sebelah ni malas nak layan. Tak kuasa.
"Dahlah korang ni. Pening kepala aku dengarnya. Jom Mai pergi makan. Dah boleh pergi makan ni. Aku dah lapar gila ni. Tinggal je mamat ni."Ujarku.
Aku bangun sambil mengambil botol air atas meja dan terus jalan.
"Amielya tunggu..Aku belum masukkan barang lagi." jerit Maisara. Terkocoh-kocoh dia mengejar.
'Nice and interesting. Pipi merah bak pau. Ego tinggi macam gunung Everest '. Ujar lelaki yang masih tunduk membaca tadi. Dia turut berkemas untuk balik ke biliknya. Sambil bibir tersenyum mengingat keletah si pipi pau merah.
😍 848 words
Don't forget to vote🌟
YOU ARE READING
Kalau Ada Jodoh «Slow Update»
Romance"Nama aku Zaini Naim bin Zamarul. Boleh panggil Zaini" si teruna memulakan perkenalan. Dengan sticky note. Si gadis hanya menjeling sekilas dan terus menundukkan muka lalu menyepi. Diam membisu seolah tiada siapa di sekelilingnya. Pengenalan yang me...