5 : HAMPIR

53 4 0
                                    

Aku naik masuk ke dalam bas. Sesudah duduk, aku kemaskan sedikit kawasan tempat duduk yang sedikit berkecah. Sedang kutip sampah bahagian kaki, tali kasut aku terurai.

'Ni mesti masa tengah kalut jalan tadi terbuka. Nasib orang tak pijak. Eh, ehhhh.... Mana pergi rantai kaki aku ni??!! Alamak matilah aku!! Dah lah ayah bagi birthday tahun lepas... Aduh... Matilah !!'

Duk kalut cari, Maisarah dah duduk sebelah sambil bawak kudapan. Jauh lagi perjalanan.

"Mai, kau nampak tak gelang kaki aku?? Dah tak ada wei... Mati aku macam ni... Dah lah hadiah ayah bagi aku tu..."

"Kau biar betul ni... Jangan buat main eh... Kita dah nak bertolak kejap lagi ni... Kat sekolah tadi ada lagi tak... Kat sini pun kau pun dah berapa banyak tempat kau berhenti..." Kata Maisarah.

"Iyee... Tadi sebelum pergi ada wei... Aku ingat tertinggal kat sini ni lah... Aku nak pergi cari kejap lah..."

Baru sahaja aku mahu bangun, terdengar suara Cikgu Affendi dari hadapan.

"Tengok kawan kamu kat sebelah. Ada yang tak ada lagi ke. Kita dah nak gerak ni."

Aku terkedu!

'Nak turun ni... Boleh pulak nak gerak time ni...'

Dan dan tu aku nampak Zaini baru naik. Lagi terus aku tak jadi nak turun.

Aku pasrah. Tak boleh nak buat apa... meraung bagai nak gila pun tak guna jugak sebab benda dah jadi.

Dan bas pun bergerak bersama linangan air mata aku.

******

Tiba di Pulau Pinang. Aku dah okay sikit. Puas menangis.

Kami lalu di jambatan Pulau Pinang. Fuhh... semua jakun... dengan aku aku sekali naik jakun. Payah loooo gini...

Kami check in di Pegasus Hotel (rekaan sis okayy..). Agak kalut masa tu sebab semua nak masuk bilik nak uruskan diri. Lagi satu sebab kami ramai dan satu bilik 2 orang. Semua di tingkat yang sama cuma wing lelaki lain wing perempuan  yang lain. Kang campur bahaya nanti. Aku apa lagi, sebilik dengan my bestie lah...

Dapat kunci bilik terus aku tarik Mai naik bilik. Berdesup naik macam lipas kudung sebab badan dah letih. Hari ni kami tiada apa-apa program. Bebas untuk kitaorang jalan cari makan di luar or mandi swimming pool or anything else that us can do. Asal jaga diri.

"Kau nak keluar tak wei? Aku lapar ni. Nak cari makan kat luar. Dengan nak cari 7e nak beli maggi. Ikut tak?" Tanya Mai.

"Ikuttt... Bagi aku masa 5 minit jap nak baring. Kau mandi lah dulu. Lepas kau, aku mandi. Lepas mandi kita keluar. Okay cun?"

"Alright..."

Dan aku pun terlelap keletihan...

******

"Dah bawak kad belum?"

"Dah. Ingat tau aku selit belakang casing phone aku."

"Okay", kata ku sambil melihat pemakaian aku. Ni memang dah tahap selekeh dah ni. Seluar tidur dengan sweater pakej tudung bawal tak gosok.

'Cun lah ni. Bukan orang nak tengok lebih-lebih pun. Nak beli makanan bungkus je. Hehe...'

Tiba di kedai makan aku bungkus bihun tomyam dan Maisarah order nasi paprik.

"Lepas ni cari 7e. Nak beli maggi." Kata Mai.

"Iyeee... tak sudah dengan maggi dia tu. Eh, esok pergi mana je eh?"

"Esok pergi naik cabel car  dengan pergi padang kota tak silap aku. Kat padang kota banyak makan... suka aku!!"

"Dah dah jom bayar. Aku nampak dia letak makanan kita kat kaunter tu tadi. Aku dah mengantuk ni. Tahan je dari tadi. Nak pergi cari maggi kesayangan kau lagi."

******

Selesai beli makanan dan cari stok maggi kami pun nak balik bilik. Kena melintas jalan sebab tadi seberang jalan nak pergi kedai makan.

Aku tak tengok jalan. Tengah mesej dengan ibu. Ibu tanya tengah buat apa.

Tanpa aku sedar aku dah start melintas jalan raya. Tanpa melihat kiri kanan dan tanpa perasan badan tidak dipimpin oleh Mai.

"Ameilya!!! Keretaaa!!!" Jerit Mai.

And aku terus menoleh dan aku baru perasan kereta di kananku  semakin hampir.

Tiba-tiba terasa baju aku direntap tarik dari belakang. Mendorong badan aku kebelakang dengan pantas dan tergolek, atas badan orang.

"Ohhh... thanks god!!! Amielya kau ni bahaya lah!!" Mai tetiba jerit di belakang aku. Aku menoleh.

Eh itu Mai. Dah siapa yang tarik aku?

"Kau ni letak mata kat mana??! Kepala ke kat lutut?! Asal main lintas tak tengok kiri kanan?! Khusyuk sangat dengan phone tu?! Nak mati cepat ke?!" Marah suara yang sedang menampung badanku dia bawah.

Aku pandang muka yang mentelamatkanku.

'Dia??!!'

"Dah bangun sekarang! Badan dah lah berat! Macam anak gajah!" Marah Zaini.

Ehh dia ni... lebih dah ni...

"Ni ikhlas ke tak selamatkan aku ni? Kutuk orang je kan kau ni?!" Geram pulak aku.

"Ikhlas ke tak ikhlas ke kalau aku tak tarik kau tadi tak pasal-pasal eksiden depan mata aku! Nak mati cepat cakap! Jangan nak buat depan orang!" Marah Zaini.

"Patutnya biar je tadi. Kau pun suka kan?! Aku ni kan memang selalu menyusahkan kau. Dah lah Mai. Jom cepat naik bilik. Malas betul aku layan orang macam ni."

Aku terus menarik Mai melintas. Sempat lagi telinga aku mendengar.

"Woii!! Terima kasih kau mana?!"

"Sama-sama!" balasku. Masing-masing ego. Macam ni lah jadinya.

Zaini hanya merengus geram.

"Kau okay tak? Siku kau berdarah tu."  Ujar Hisyam. Rakan sebilik merangkap bestfriend Zaini.

"Okay. Sikit je ni. Lagi panas hati hati aku ni. Ada dia kata macam tu. Haihh..."

"Dah lah... Kau kalau dengan dia asyik bertekak je. Dah jom balik bilik. Cuci luka kau tu. Ni kalau cikgu nampak kejadian ni mati kita."

"Hmmm yelah... Jom."

Sambil jalan ke bilik terbayang-bayang kejadian yang berlaku depan mata tadi.

'Haih Amielya... Amielya... nasib kau comel. Tak jadi nak marah lama-lama. Dah lah cuak aku  dia nak kena langgar tadi tak hilang lagi.' bisik Zaini dalam hati. Sambil tersenyum.

😍926 words
Don't forget to vote🌟

Kalau Ada Jodoh «Slow Update»Where stories live. Discover now