6 : MELT

51 3 0
                                    

Baju dah cun. Tudung dah cun. Okay dah boleh keluar bilik!! Tak sabar nak jalan!!

Minyak wangi disembur keluar ke udara dan aku lalu di udara wangi tersebut... Haaahhh, wangi!

Tersengih aku dengan sifat aku yang satu itu... Ketagih dengan bau minyak wangi sendiri.

Aku melihat Mai yang masih bersiap di hadapan cermin.

"Dah lawa dah tu Mai... Kau ni nak pikat siapa?" Kataku sambil mengekek ketawa.

"Shhhh diam! Kau ni kacau lah. Dah dah jom keluar. Karang lambat marah pula cikgu!"

Dah keluar dah mulut mak nenek dia...

******

Kami berkumpul di lobi. Setelah semua orang sudah turun, kami berjalan kaki untuk sarapan di hadapan hotel. Hampir satu kedai tu dipenuhi dengan kami sahaja.

"Mai, nak duduk mana?"

"Hmm.." mata Mai melilau sebelum matanya perasan satu meja kosong yang agak tersorok.

"Haaa... Situ-situ! Cepat pergi! Tengah kosong tu!" Jerit Maisarah kesukaan.

Aku berjalan agak pantas sebelum sampai ke meja itu.

"Kau pergi ambil dulu. Aku jaga meja ni." kataku setelah duduk.

Aku mengeluarkan telefon untuk melihat notification yang keluar.

Tiba-tiba ada bayangan orang berdiri di sebelah aku. Aku mendongak.

"Kau dengan Mai je kan? Dua lagi ni kosong tak? Kerusi semua dah penuh lah. Aku duduk sini boleh?" Tanya Hisyam.

"Ha'ah. Duduklah." Ujarku pendek.

Tak lama kemudian Maisarah  datang dengan membawa nasi lemak.

"Kau pergi lah. Orderkan air aku sekali. Milo ais."

"Hmmm... Yelah"

Aku berjalan melihat makanan yang disediakan. Semua nampak menyelerakan. Aku memilih nasi kerabu sebagai sarapan aku hari ini.

Aku pergi ke kaunter untuk order air dan bayar makanan. Sedang mak cik di kaunter kira semuanya, ada pinggan diletakkan di sebelah makananku.

"Acik, kira sekali ye."

Aku terus menoleh.

"Apa ni? Tak nak lah..."

"Aku yang nak belanja. So, jangan tolak." Ujarnya dengan wajah dingin.

Aku melihat pemakaiannya hari ini. Nampak lebih kasual. Kemas dan handsome seperti selalu. Cuma tak senyum je.

Tiba-tiba dia menoleh memandangku. Senyuman kecil terhasil di bibirnya.

Aku terpana. Seriously dia senyum?! Selama ni beku je.

'Zaini, tolong jangan macam ni dengan aku. Aku takut aku tak kuat!!'  Monologku

"RM 16.50 semuanya nak."

Dia menghulurkan not 20 ringgit. Setelah mendapat baki dia membawa makananku sekali di dalam dulang.

"Duduk mana?"

Aku masih termenung di depan kaunter. Senyuman dia menawan. Untuk aku sorang pula tu. OMG, I melting!

"Amielya sayang. Kau duduk mana?"

"Haaa?!" Aku terkejut. Sayang?! Aku tak salah dengarkan?

"Meja kau mana. Cepatlah aku nak makan ni. Lapar."

"Ohh... Tu sana." Tunjukku walaupun masih dalam keadaan terpinga-pinga.

Dia menajamkan matanya. Ya Allah! tergugatnya hati aku ni. Cool Amielya.. Tenang je..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 02, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kalau Ada Jodoh «Slow Update»Where stories live. Discover now