2 : PEMBARIS

103 5 0
                                    

Puan Mimi, guru sejarah sedang mengajar di hadapan.
Aku termenung.

'Dah 3 bulan aku kat sini. Budak sebelah ni pun aku jarang tegur. Bila perlu je.. Haihh..'

"Wei, kau ambil pembaris aku ke? Asal tak ada ni." Tiba-tiba bersuara makhluk sebelah ni sambil belek-belek semua barang yang ada di atas mejanya.

Tidak dijumpai dia bedal cari dalam pensil case aku pula. Habis diteraburkan segala isi dalamnya dan..
Dibiarkan macam tu je?!

"Kau ni dah kenapa. Mana ada aku ambil. Tak hingin aku nak ambilnya."

"Dah tu mana perginya?"

"Manalah aku tahu. Kau punya barang hilang tuduh aku pula."

Dia mencari semula dalam pensil casenya.

"Mana ni.."

"Kau letak mana tadi. Tu lah, letak lagi merata. Tak jumpa marah aku pula."

"Ishhh.. Diamlah kau. Kalau tolong cari tak apa jugak."

Pappp.. pen marker mendarat atas meja sebelum melantun.

"Kamu berdua ni dah kenapa. Bising sampai ke depan saya dengar. Ganggu kawan nak belajar." Puan Mimi bersuara dengan garang di hadapan.

Aku dan Zaini sudah menikus.

"Berdiri sekarang sampai habis masa saya." kata Puan Mimi.

"Baik cikgu." kata kami serentak dengan nada perlahan.

"Kau lah ni. Sebab pembaris kau tu je dah memalukan kita sebab kena berdiri. Orang lain kat luar kelas boleh nampak tau tak."

"Boleh senyap tak kau. Memekak lah. Aku nak cari pun tak tenang."

"Eh, suka hati aku lah. Allah bagi aku mulut, aku cakaplah apa aku rasa."

"Tapi kerana mulut kau yang cabul tu, ada juga badan binasa ni karang."

"Diamlah kau. Bingit telinga aku dengar suara itik macam kau ni lah."

"Kau... Mulut jaga sikit. Jangan sampai aku belasah kau sampai lunyai."

"Belasah lah kalau berani. Ingat aku takut perempuan macam kau. Dah lah ketot, suara macam itik."

"Kau!!"

"Apa lagi tu Amielya, Zaini. Dah suruh berdiri pun masih bising lagi!! Pergi lari padang 2 kali pusingan!!"

Kelas menjadi sunyi sepi. Gerun dengan Puan Mimi yang sedang mengamuk. Juga menanti apa lagi yang akan berlaku.

Aku membulatkan mata. 'What the hell is going on?!!'

Aku pandang mangkuk ayun sebelah. Dia hanya memandang hadapan seolah tiada apa yang berlaku

"Kau memang nak mati dengan aku." Bisikku perlahan ke arahnya.

Terus aku jalan keluar dari kelas untuk ke padang sekolah.

'Tak guna punya mangkuk. Hanya sebab pembaris bodoh dia tu je.. Geramnya aku!!'

Aku terus memulakan larian tanpa menunggunya. 'Lantak kau apa kau nak buat yang penting aku nak masuk kelas cepat.'

Habis dua pusingan, aku nampak dia di hadapan aku. 'Huh. Baru nak mulalah tu.'

Disebabkan aku masih geram dengannya, aku dengan sengaja berlari ke arahnya lalu menyadung kakinya.

"Woii mak cik. Sakitlah kaki aku. Kau ingat lawak ke jatuhkan orang." jerit Zaini sambil memegang kakinya. 'Aduh terseliuh ni.'

"Sorry. Aku sengaja." kataku sinis.

Aku terus bergerak ke kelas memandangkan waktu sekolah sudah tamat.

Masuk kelas semua orang dah tak ada. Balik ke asrama seorang lah nampaknya.

Sedang mengemas buku, ada benda jatuh dari helaian buku. Aku tunduk untuk mengutip.

"Pembaris siapa pula ni.... Eh, nama dia lah. Alamak, matilah aku. Beriya marah si Zaini tu. Aduh. Gawat. Macam mana ni?"

Aku dah gelabah. Terus aku simpan dalam pensil case aku dan terus pecut balik asrama.

******

Prep malam. Lelaki prep di kelas. Perempuan prep di asrama.

Aku masuk ke kelas dengan langkah yang perlahan. Kaki sebelah terseliuh. Nasib sudah diurut. Ramai yang bertanya keaadannya. Prihatin katakan. Padahal mahu tahu apa perkara yang berlaku sebenarnya. Gaduh dengan gadis pujaan ramai. Mana taknya.

'Banyak kerja rumah nak kena buat ni. Dengan subjek sejarah yang tertinggal tadi lagi.'

Tarik sahaja kerusi ada pembaris beserta sticky note bentuk love warna pink dan coklat kitkat perisa green tea atas tempat duduk.

Aku mengambil sticky note itu.

' I'm sorry. Janji tak buat lagi. Pukul saya esok.'

Aku tersenyum. Walaupun tiada nama, aku tahu dari siapa... Melalui tulisannya. Bahagia rasanya... Nyaman.

'Takkan nak pukul? Aku sayang kau lah mak cik...'

😍638 words
Don't forget to vote🌟

Kalau Ada Jodoh «Slow Update»Where stories live. Discover now