4 : TERTINGGAL

70 4 0
                                    

Exam sudah habis. Sekarang ini cuma menunggu keputusan peperiksaan ditanda oleh cikgu. So, sementara cikgu semua tengah busy menanda, semua pelajar Tingkatan 4 diwajibkan untuk pergi ke lawatan yang telah dipersetujui supaya tidak menganggu pelajar Tingkatan 5 yang akan menjawab peperiksaan SPM. Memandangkan juga kami ialah pelajar private school, masalah kewangan tiada kekangan kerana ditanggung sepenuhnya.

Masa yang tinggal seminggu sebelum cuti sekolah akhir tahun dimanfaatkan sepenuhnya sebelum menduduki peperiksaan besar tahun hadapan.

' Aku dengan kaki sakit terseliuh tak sembuh lagi ni pun kena pergi jugak... Leceh lah cikgu ni... Bagilah chance aku nak balik awal.' rungut aku dalam hati.

Kami semua sedang menunggu bas yang akan membawa kami ke Pulau Pinang. Mengambil masa lebih kurang 9 ke 10 jam untuk sampai sebab sekolah kami di Melaka. Sekolah juga menyewa 3 bas ke sana.

"Kau boleh jalan ke tak ni? "
tanya Zaini, prihatin.

'Bila masa dia kat sebelah aku ni?'

"Aku okay ke tak tu hal aku lah... Kau jangan nak semak eh. Dah pergi jauh sana." ujarku.

"Eh kau ni... Aku tanya je kut... Tak payahlah nak marah sangat. Lantak kau lah. Aku nak tolong kau halau. Buat sendiri kalau kau nak berdikari sangat kan. Beg kau ni pun angkatlah sendiri. Bawa beg bapak punya besar. Tak beringat kaki tu sakit nak bawa beban banyak." bebel Zaini.

'Bisinglah mamat ni... Kaki aku kan! Biarlah aku buat sendiri' dongkol aku dalam hati.

Aku terus bangun dan pergi ke arah Mai. Sampai je kat Mai bas pun sampai.

"Okay semua. Kamu boleh pilih mana kamu nak naik. Tapi jangan tukar-tukar bas sebab nak tetapkan berapa orang yang ada dlm bas tu. Okay gerak sekarang. Kita akan berhenti nanti dekat RnR Tapah untuk solat Zohor." kata Cikgu Affendi sebagai ketua rombongan. Cikgu handsome wooo...

"Mai, duduk sebelah aku. Tau tau..."

Aku terus mengangkat beg galas dan meletakkan di bonet bas. Mai sudah naik untuk memilih tempat.

Naik sahaja bas aku sudah nampak Mai duduk di bahagian belakang. Kebanyakkan tempat sudah penuh. Belakang kitaorang lelaki, ada Hisyam yang sedang duduk tapi dia seorang. Dan begitu juga sebelah kanan belakang. Cuma hadapan kitaorang perempuan. Cun lah tu.

Duduk sahaja aku terus mengeluarkan MP3 aku untuk mendengar lagu memandangkan perjalanan sangat jauh. Lebih kurang dari selatan nak ke utara naaa...

Bas sudah bergerak. Nasib aku duduk sebelah tingkap dan kami duduk di bahagian kiri bas. Nampak pemandangan luar. 'Senanglah nak tau nanti dah sampai mana.'

Tiba-tiba ada orang menyentak langsir bahagian aku ke belakang. Terus silau tempat di bahagian aku.

'Siapa yang bengong sangat tarik ni? Tak fikir ke orang lain pun panas jugak. Bukan kau sorang je.'

Aku menjeling ke belakang. Laaa... Patutlah... Mangkuk ayun ni rupanya.

"Kau ni dah kenapa tarik banyak sangat. Aku pun panas jugak. Bukan kau seorang je. Jangan jadi selfish sangat eh. Stupid!"

"Mine your words, young lady. Aku tak hamak lah. Kau ambillah. Tutup semua. Kalau boleh bungkus satu badan kau tu. Puteri lilin lah sangat kan..." perli Zaini.

Aku dengan geramnya terus menarik kasar langsir ke hadapan. 'Lantak aku lah... Mulut aku bukan mulut kau."

******

"Kau pergilah cari apa-apa dulu. Aku nak pergi solat. Nanti aku call kau." ujar Maisarah.

"Hmm okay. Rak lu." kataku

Aku terus bergerak pergi ke gerai makanan. Ingat nak cari buah ciku dengan kudapan sikit. Buat stok makan dalam bas. Tadi punya makanan dah habis balun sebab layan Dilwale. Sambil tu makanan duk sumbat dalam mulut.

Aku duduk untuk melepaskan lelah. Makanan dah beli, tunggu Mai je ni.

Tengah duk layan jiwang dari lagu sambil tengok telefon, ada orang letak makanan atas meja dan duduk depan aku. Terus aku mendongak.

"Tak ada tempat lain je Cik Abang? Kacaulah dia ni..."

"Tak. Dah diam. Aku nak makan." kata Zaini.

Ishh dia ni... Sedap dia je nak duduk kat sini. Banyak lagi kosong kot.

Bunyi mesej masuk.

Maisarah👑 - Amie, kau beli apa? Jajan dah ada ke? Aku nak beli air lah haus. Beli cool blog. Kau nak tak?

Amielya💋 - Jajan dah... Nak jugak air. Aku nak watermelon smoothie with grass jelly. Nanti dalam bas claim balik. Aku tengah duduk kat food court tau...

Maisarah👑 - Okay roger

Aku meletakkan phone.

Aku pandang makhluk ciptaan Allah yang sedang tunduk khusyuk makan.

'Handsome!'

Aku perhatikan mukanya. Badan ok juga. Tak kurus sangat tak gemuk sangat. Kira sedang-sedanglah. Tapi sayang, sombong sangat. Peminat dah ramai. Semua dia buat dek je...

"Best belek muka aku? Handsome kan. Kau je yang kata tak... Semua perempuan yang minat aku kata aku handsome."

Perasannya mamat ni... Dah kenapa?
'Tapi kau jugak puji dia handsome kan?'

"Haih..."

"Aikk... Mengeluh ke cik adik tembam? Sebab tak dapat aku ke?" Zaini tersengih.

Aku menunduk. Menahan geram sebenarnya.

Tiba-tiba ada muka mendekat. Sebab terkejut aku sepak kakinya sekuat hati

"Padan muka. Balasan. Kau dah kenapa?! Nak mengatal dengan aku? Ingat aku hadap sangat muka 'lawa' kau tu... Macam kambing je aku tengok. Kambing pun lagi lawa dari kau. Hahaha..." perli aku.

Zaini mengerang kesakitan. Tangannya mengosok kesan sakit sebab disepak. Bisanya sampai rasa macam tulang nak patah.

Dari kejauhan terlihat kelibat Maisarah yang mencari-cari di mana Amielya duduk.

Aku terus bangun untuk pergi ke arah Maisarah. Tak hadap nak duduk depan-depan dengan dia ni.

"Bye kambing. Jumpa dalam bas nanti. Jangan dekat sangat dengan aku tau. Nanti bau busuk macam kambing." kataku sinis sebelum berjalan ke arah Maisarah.

Zaini hanya memerhati pemergian Amielya dengan hati yang panas.

'Sakit siot kaki aku.Dia ingat ni apa, tempat boleh dia karate ke... Taulah belajar taekwando sampai black belt. Tapi beragaklah sikit.'

Zaini menunduk lalu menyelak seluar sehingga ke paras lutut untuk melihat keadaan kakinya. Tak bengkak nampaknya. Tapi still rasa sakit lagi. Tak tahan sebab sakit sangat. Penangan budak taekwando kot. Siapa yang boleh tahan..

Sedang menurunkan seluarnya Zaini ternampak sesuatu yang bersinar di sebelah kasut sukannya. Apa benda tu?

'Gelang?! Siapa punya pula ni... Macam emas betul ni. Bahaya betullah. Siapa pula yang tercicir ni..'

'Nak ambil ke tak?'

'Simpan je lah. Tunggu sini dalam 15 minit. Kalau tak ada orang yang nampak macam tercari-cari sesuatu tu aku blah.'

******

Sudah 15 minit menunggu. Tak ada siapa yang dilihat mencurigakan. Zaini terus bangkit untuk pergi ke arah bas. Masa rehat yang diberikan oleh guru sudah hampir habis. Zaini berjalan agak pantas takut tetinggal bas.

******

'Dia ambil gelang tu?! Sedap dia saja ambil hak orang. Dia tak tau ke tu Amielya punya...' Kata seseorang yang sedari tadi hanya memerhati gelagat Zaini dan Amielya dengan geram.

Siap kau Zaini... Kau tunggu nanti...

Dia terus bangun untuk pergi ke arah bas yang sama juga.

😍1096 words
Don't forget to vote🌟

Kalau Ada Jodoh «Slow Update»Where stories live. Discover now