Part 2 Starlight Ravi

257 31 1
                                    

" Abang Ravi!! " pekik Starlight membuatkan Ravi segera menoleh.
" Starlight, kenapa ni? " Ravi segera menghampiri Starlight yang sedang menangis sambil menekup lututnya. Terkejut Ravi melihat  darah sudah mengalir di celah jari Starlight. Dia terus memapah Starlight untuk duduk di atas kerusi taman buatannya. Dia sangat tahu Starlight telah terjatuh sewaktu sedang berlari.
" Sakit, ya? " Starlight mengangguk. Ravi masuk sebentar ke dalam rumah dan mengambil peti kecemasan. Tadi, dia sedang menyiapkan buaian kayu buat Starlight. Dia mahu Starlight mempunyai segala-galanya di halaman rumah sendiri. Starlight adalah adiknya yang cacat dan kurang sempurna, sering menjadi bahan ejekan rakan-rakan seusianya setiap kali keluar  untuk bermain di taman permainan. Kerana itu Starlight sering menangis dan merendah diri, membuatkan dia menjadi segan hendak keluar rumah. Keadaan itu membuatkan Ravi berusaha untuk membina sebuah taman mini untuk Starlight.
" Lain kali Starlight kena hati-hati. Abang tak nak Starlight sakit macam, ni. " Ravi memberi pesanan. Starlight terangguk-angguk, kemudian dia memeluk Ravi. Ravi tahu, Starlight sangat sayangkannya.

STARLIGHT RAVI #wattys2016 / COMPLETEDWhere stories live. Discover now