Part 11 Starlight Ravi

218 26 2
                                    


Starlight maut di tempat kejadian. Pn Kim redha. Sekurang-kurangnya dia masih memiliki Ravi walaupun Ravi disahkan lumpuh selepas kejadian itu berlaku. Apa yang memuaskan hatinya, Fia yang didakwa dalang disebalik kejadian itu telah ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara. Sudah seminggu kejadian itu berlaku, Ravi masih berada dalam keadaan lemah. Dia sering mencari Starlight, dan Pn Kim benar-benar tidak kuat untuk memberitahu perihal Starlight kepada Ravi.
" Starlight~ Mama, Starlight mana, mama? " Ravi bertanya lagi setiap kali matanya celik. Pn Kim menyeka airmatanya.
" Ravi, adik dah tak ada. Adik dah meninggal lepas kemalangan tempoh hari. Ravi ingat, kan? " Pn Kim menggenggam jemari Ravi. Baru kali ini dia merasakan Ravi memandang anak matanya.
" Mama tipu Ravi, kan? "
" Ravi, mama tak tipu. Starlight kehilangan banyak darah. Dia tak dapat bertahan. " kata Pn Kim lagi. Ravi menyandarkan semula tubuhnya, semakin lemah.
" Kim Wonbyul~~ "
" Ravi kena teruskan hidup. Starlight dah berada di tempat yang betul. Dah ada yang jaga dia dengan baik. "
" Starlight, tunggu abang. "

STARLIGHT RAVI #wattys2016 / COMPLETEDWhere stories live. Discover now