terlalu banyak exam buat aku lemah. tapi kalau tak exam tak study pulak.
kekadang rasa stress macam tak ada life.
ya Tuhan kuatkan rasa yang tinggal sisa. kekadang rasa perjalanan ni susah sangat.
pesakit kekadang tanya, "susah tak dik jadi doktor?"
dan jawapannya mesti sama "susah".
susah--- sebab ini nyawa orang, bukan robot bukan patung.
susah--- sebab ini harapan keluarga, bukan harapan sendiri je.
susah--- sebab kebergantungan kau pada Dia, bukan pada diri sendiri je.
susah--- sebab orang sakit, tak mesra macam orang sihat.
susah--- sebab kau dianggap bodoh kalau tak tahu.
susah--- sebab semua orang ingat kau pandai.
susah--- sebab sapa je suka jumpa orang sakit?
susah kak, makcik, pakcik, adik adik.
ada aku harini sebab bukan untuk aku. untuk korang.
bersungguh aku belajar harini, bukan untuk aku, tapi untuk korang.
kerana Allah.
aku buat ni sebagai amal--fardhu kifayah.
sebab kalau aku tak buat, siapa lagi?
sebab dengan adanya Dia, in sha Allah aku boleh.
dengan adanya doa kalian, in sha Allah aku boleh.
walaupun hakikatnya---
setiap hari semangat ku patah. kekuatanku jadi rebah.
aku manusia.
YOU ARE READING
DOKTOR JALANAN
Nouvellesseorang pelajar perubatan. 24 jam pelajar. 24 jam hamba Dia.