Bab 2:The Unexpected Journey

36 3 0
                                    

Minit demi minit,masa yang diambil oleh Kasem.Semasa tinggal hanya beberapa meter untuk sampai ke rumah Steve,kelihatan Salim yang tak berdaya sedang dirompak oleh kawan sekelasnya,Kunalan di tepi jalan.Kasem berhenti dan terus menuju ke arah mereka jurus bertanya kepada mangsa,"Apa yang berlaku ni ha?"sambil mencekiknya.Salim berkata,"Saya sedang dirompak ni,pak cik tak nampak ke?"sambil ketawa terbahak-bahak.Kasem berasa bingung dan hairan lantas membelasah kanak-kanak 7 tahun itu.Sementara Kunalan yang merompak mangsa telah melarikan diri dengan membawa bahan rompakannya,duit palsu dan cebisan kasih sayang Salim.Ketika dia sudah berada 30 kaki dari Kasem,Kasem sedar bahawa beliau perlu melakukan sesuatu untuk menangkap kembali Kunalan yang telah melarikan diri itu.Kasem pun melepaskan kanak-kanak yang dicekiknya itu jurus mengejar Kunalan dengan segera.Pada waktu itu,Kunalan tahu beliau perlu menukar namanya kepada Bakri supaya dia tidak memasuki rekod jenayah ringan.Keadaan Bukit Antarabangsa pada masa itu amatlah berbukit.Ini menyebabkan mereka menghadapi kesukaran dan kesulitan untuk main kejar-kejar.Dalam keadaan gentir ini,Bakri berlari dengan sangat pantas dan Kasem mengejarnya di belakang bagai aur dengan tebing.Tetapi,tanpa disedari sebuah kereta tiba-tiba muncul dihadapan Bakri,lalu di membuat backflip melepasi kereta tersebut (dalam slow motion) dengan sangat bergaya.Diikuti oleh Kasem melepasi kereta tersebut dengan memasuki melalui pintu pemandu dan keluar melalui pintu lagi satu dengan berpusing-pusing (slow motion) dengan sangat bergaya dan terus sambung mengejar Bakri.Bakri toleh kearah Kasem lalu mengeluarkan sesuatu daripada poketnya iaitu meriam air lalu terus menembak Kasem menyebabkan beliau tercampak dan jatuh tergolek.Kasem cedera parah.Bakri pula bergegas lari ke telefon awam yang sedang digunakan oleh Zamri lantas menelefon 03100882525 dan 2 jam kemudian,ambulan tiba.Ambulan tersebut drift dalam bulatan mengelilingi Kasem yang terlentar diatas jalan dan cedera parah.

2 jam telah berlalu,apabila Kasem membuka matanya,beliau telah berada diatas katil pesakit mental.Beliau berasa pelik sambil menggosok-gosok kepalanya.Beliau toleh kepalanya ke kiri,kelihatan tiada siapa bersamanya ketika itu.Dan apabila beliau lihat ke kanan,kelihatan seorang lelaki sedang terlentar diatas katil sebelahnya.Lelaki tersebut memakai pakaian seragam tukang masak dan berhelmet racing sambil stereng kereta berada di kedua-dua belah tangannya.Kasem terkejut pada masa yang sama ketakutan.Mungkinkah ini kawan lamanya Joe yang tidak membayar hutang atau hanyalah orang asing yang tidak dikenali?

Tuah Seorang Petani Proffesional:Abu KasemWhere stories live. Discover now