Bab 3:Terjunan Menakjubkan

37 4 2
                                    

Dalam keadaan bingung + takut,Kasem mengetahui bahawa orang yang terlantar disebelahnya itu ialah Joe,kawan baik lamanya.Beliau mengambil keputusan untuk beredar dari situ jurus meninggalkan hospital tersebut.Tetapi sebelum itu,beliau tidak akan terlupa untuk bersiap sebelum pergi.Beliau membuka pintu almari yang berada disebelah katilnya.Hanya ada beberapa alat-alat hospital di dalam almari itu seperi helmet motocross,suit racing pelbagai warna dan juga sepasang kasut sekolah.Tanpa membuang masa,Kasem memakai semua benda yang saya tulis tadi dengan segera lalu berlari dengan sangat pantas keluar melalui pintu keluar.Kini beliau berada di kaki lima tingkat teratas hospital tersebut.Beliau terus sambung berlari sambil dipandang hairan oleh orang-orang sekelilingnya.Ketika sedang berlari, kelihatan sebuah tingkap berada di hujung kaki lima itu.Tanpa berfikir panjang,Kasem menerjah keluar tingkap tersebut menyebabkan ia pecah dan kaca-kaca tingkap yang pecah bertebaran ke udara dan bersinar-sinar bagai pasir ditepi laut.Lalu beliau terus menjunam ke bawah disebabkan daya graviti yang kuat.Semasa beliau sedang jatuh dari tempat yang tinggi itu,Kasem tahu yang beliau perlu bertindak kalau tidak beliau akan menghempap tanah lalu mati.

                    Kasem tidak buntu,beliau sering mendapat idea-idea yang bernas ketika sedang beraksi sebegini.Semasa hanya tinggal  10 kaki sebelum beliau tersembam ke tanah,keadaan secara tiba-tiba menjadi slow-motion.Beliau membuat backflip lalu membuka kedua-dua belah tangannya dan terus mendarat dengan selamat tanpa sebarang kemusykilan.Masyarakat sekeliling menepuk tangan dan bersorak kerana aksi yang dilakukan oleh Kasem sangat stylo.Beberapa ketika setelah masyarakat sekeliling menepuk tangan dan bersorak kepada Kasem,dengan tiba-tiba mereka terus mengejarnya.Kasem tiada pilihan lain,beliau keluarkan dompetnya lalu mengambil sekeping kad yang berkilat jurus melempar dompet tersebut dan meletakkan kad itu ke tali pinggangnya.Kemudian,
secara tiba-tiba sahaja Kasem diselimuti cahaya yang sangat terang.Selepas beberapa saat beliau 'bercahaya',kelihatan tiada apa pun yang berlaku kepadanya.Beliau panik sambil menjerit meretak langit.Tiba-tiba seorang rakyat menerpa (body contact)  Kasem menyebabkan beliau tercampak jauh sejauh balingan guli.Beliau menjerit dan memekik kesakitan.Perjalanan Kasem tidak berakhir disini.Kelihatan masyarakat-masyarakat yang mengejarnya tadi kini membantunya untuk bangun semula.Kasem mengucapkan terima kasih kepada mereka dan seorang daripada mereka menghadiahi Kasem sebuah hamper diatas kerjasama yang besar yang diberikan olehnya.Kasem 'fake smile' mereka kerana apa yang diinginkin olehnya adalah makanan dan beberapa mainan didalam hamper tersebut dan apa yang diberi adalah sebuah beca edisi 2 tayar dengan turbo.Walaubagaimana pun,Kasem berasa cemburu dan terus beredar dari situ dengan beca itu.

                  Sedar tak sedar,beliau kini berada di gurun yang tidak diketahui.Kasem tidak menyangka beliau telah mengayuh sejauh ini.Setelah penat mengayuh,beliau menjual kenderaannya itu dikedai barangan terpakai berdekatan.Setelah mendapat habuan daripada penjualan itu,Kasem pergi membeli sedikit bekalan di serbaneka di sebelah kedai barangan terpakai itu.Setelah beliau membeli-belah di kedai itu,beliau kembali semula kedai barangan terpakai untuk membeli sebuah go-kart.Setelah selesai,Kasem menyambung perjalannya.Ketika sedang syok Kasem riding go-kartnya,beliau perasan sesuatu yang luar biasa di cermin sisi.Beliau perasan seseorang sedang mengekorinya dengan menaiki Land Rover 4 x 4 empat tayar.Beliau terus pancung gear 6 dan pergi jauh meninggalkan orang misteri itu dibelakang.Setelah beberapa ketika,beliau perasan orang itu masih mengekorinya lagi.Maka dalam keadaan seperti ini,berlaku lah kejar mengejar.Kasem memusingkan stereng ke kiri dengan kuat menyebabkan beliau mendrift sepanjang selekoh itu tetapi beliau tidak keseorangan.Kelihatan orang misteri juga drift sekali di belakang Kasem.Kasem panik,dalam gerak perlahan beliau mengeluarkan sepucuk pistol lalu menghunuskannya keaarah orang itu jurus menembak berdas-das kepada orang itu.Malang  sekali,malang tidak berbau.Tembakan yang dilepaskan oleh Kasem nampaknya tidak meninggalkan kesan terhadap kenderaan itu.Tiba-tiba kelihatan atap kereta itu terbuka lalu mengeluarkan meriam gajah.Jurus meriam tersebut melepaskan tembakan,Kasem cuba mengelak dengan membuat pusingan 360o tetapi tidak berjaya.Peluru meriam tersebut tepat kena pada lampu belakang menyebabkan lampu tersebut pecah dan go-kart itu meletup menyebakan Kasem jatuh tersimpuh di sisi jalan.Beliau tidak cedera,tetapi akibat daripada perjalan yang jauh Kasem mengambil keputusan untuk acah-acah pengsan.Pandangannya menjadi kabur bak air basuhan kasut budak-budak sekolah,kelihatan seseorang sedang keluar daripada kenderaan yang mengejarnya tadi,orang tersebut seperti memakai pakaian tukang masak dan berhelmet racing.Orang itu menghampiri Kasem lalu bongkok dan berkata,

"Hyee Sem.Rindue saye?"

Lalu Kasem terus terlelap.

Tuah Seorang Petani Proffesional:Abu KasemWhere stories live. Discover now