Bab 5:Matlamat Terbaru

15 0 0
                                    

Rindu,hairan,cemas.Itulah perasaan-perasaan yang berbolak-balik dalam hati Kasem.Beliau sebernanya baru sedar akan siapa dirinya yang sebenar.Ibu-bapanya merupakan saintis bertaraf profesional yang sangat terkemuka di daerah Parit Buntar.Mereka telah menjalankan satu eksperimen luar biasa yang bisa mendatangkan kebinasaan yang besar.Kasem berasa lucu setelah teringat kisah lampaunya itu.Lalu beliau menanam harapan dan impian didalam hatinya untuk mencari kebenaran tentang siapa dirinya yang sebenar.Kasem lantas bangun dari bahu jalan tersebut dan terus berlari ke kedai pakaian untuk mengubah indetitinya agar tidak dikecam pihak media.

Semenjak dua menjak ini,nama Kasem telah terpampang di helaian akhbar,poster di jalanan mahupun kaca tv di seluruh negara secara tiba-tiba.Dikatakan,Kasem telah menyelamatkan ekonomi negara yang kian merosot.Namun kesahihan kisah tersebut belum diketahui kepastiannya.

Berbalik kepada kisah,Kasem mengenakan di badannya dengan pakaian serba hitam dengan megah sekali.Kasem nampaknya telah bersedia untuk meneroka dunia teknologi yang fanak ini.Lalu dia memakai cermin mata hitam berkilat sebelum keluar dari kedai tersebut.

Lampu trafik menunjukkan warna merah tanda berhenti.Kereta-kereta bewarna-warni tersusun atur di sepanjang jalan itu.Kasem tiada pilihan lain,beliau terus menerpa ke kereta Ford Mustang yang sedang menunggu lampu merah itu lalu masuk kedalamnya dengan menjunamkan dirinya ke arah cermin hadapan kereta.Pemandu kereta itu terkejut lalu tercekik sedikit udara lantas pengsan.Kasem menjadi panik dan membiarkan sahaja lelaki itu tersembam di atas jalan.Lalu Kasem vroom! menuju ke Parit Buntar untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan yang mendiami hati kosong beliau.

Dalam perjalanan,kelihatan Kasem sedang dikejar oleh beberapa kenderaan yang lengkap bersenjata.Kasem tidak panik.Kasem pernah melalui saat-saat yang epik seperti ini.Lalu Kasem memecut laju kehadapan meninggalkan kenderaan-kenderaan bersenjata itu jauh dibelakang.

"Hahaha.Akulah Kasem.."

Tiba-tiba kelihatan beberapa buah kereta kebal sedang memblock jalan utama.Kasem tiada pilihan,beliau menekan hon di stereng lalu kereta yang beliau pandu berubah menjadi kereta kebal juga.Lalu berlakulah perang dingin diantara Kasem dan kereta kebal satu lagi.

Sedar tak sedar,Kasem telah sampai ke Parit Buntar demi mengecapi impiannya.Beliau tiba di satu tanah lapang yang tandus.Tiada apa yang terdapat disitu melainkan sebuah pondok telefon.Lalu Kasem menghampiri pondok telefon tersebut lalu mengangkat gagang dan meletakkan di telinganya lantas berkata,"Code Merah".

Secara tiba-tiba dan tidak kena,pondok telefon itu berubah kepada terowong yang gelap dan panjang ke bawah tanah.Kasem memberanikan dirinya lalu berjalanlah beliau masuk kedalam terowong itu.

Setelah Kasem mengambil seribu langkah yang panjang,akhirnya beliau tiba di penghujung terowong tersebut.Tapi ia telah ditutupi dengan pintu besi yang sangat misteri.Kasem lalu membuka cermin mata hitamnya dan penuh bergaya berkata kearah pintu tersebut,"Daddy,I'm home".Nampaknya hasil usaha Kasem itu berjaya.Tidak sia-sia titik peluh beliau bersekolah di MRSM sebelum ini.

Pintu tersebut terbuka dengan perlahan-lahan.Kasem menutupi wajahnya dengan kedua tangan akibat cahaya yang terlampau terang yang keluar daripada pintu tersebut.Setelah pintu tersebut terbuka sepenuhnya,Kasem terkejut lalu menjerit.

Tuah Seorang Petani Proffesional:Abu KasemWhere stories live. Discover now