Kasem membuka matanya perlahan-perlahan dan beliau kini berada di sebuah bilik yang tidak diketahui.Tiada satu tingkap pun di bilik itu maka keadaannya sangat gelap.Satu-satunya sumber cahaya hanyalah sebiji mentol yang sangat terang dipancarkan kepada Kasem dari siling bilik tersebut.Tangan dan kaki beliau diikat reben dengan kemas dan beliau berada di atas sebuah motosikal.Mulutnya pula ditampal dengan celophone tape yang amat berkesan untuk mensenyapkan siapa-siapa yang dikehendaki.Beliau berasa gairah walaubagaimana pun beliau tetap tenang dan senyum.Didepannya pula hanyalah sebuah meja yang diatasnya ada sebiji kelapa yang sangat menyelerakan.Kasem berasa lapar selepas mengusha buah kelapa itu tapi amat malang sekali kerana dengan keadaan beliau yang telah dibelenggu dengan reben itu tidak ada bezanya bagai kelapa di bawah tempurung.Secara tiba-tiba,pintu bilik itu dibuka dengan kasar sekali dan kelihatan seseorang meluru masuk beserta sepucuk senapang bersamanya.Lantas dia bertanya kepada Kasem,
"Apa kau buat disini?!"
Sebelum Kasem sempat menjawab,dia terus ditembak.
Kasem bangun dengan terkejut sekali.Rupa-rupanya,ini semua sekadar mimpi indah.Beliau berada di bilik dirumahnya.Kelihatan pelbagai koleksi pakaian motor ditampal di dinding.Beliau berasa sangat gembira kerana masih bernafas.Kini beliau mempunyai misi yang sangat penting tahap important.Kasem perlu berjumpa semula dengan sahabat sejati di sana dan sini,Steve demi meluahkan perasaan sebenar yang telah lama terpendam di hatinya.Beliau perlu nampak hebat dan cool untuk berjumpa dengan sahabatnya itu.Lalu dia membuka almari pakaiannya,dan mengenakan pakaian tema hawaii yang pewwiit sekali.Tanpa membuang masa,dia terus berlari keluar tingkap dari tingkat 10 dari kondonya dan jatuh menjunam menuju bumi.Tanpa dia sedari,keluarlah sebatang payung yang bewarna warni dari belakangnya dan Kasem dengan bergaya bergerak ke udara seperti seekor dolfin yang meraung keseronokan.
Setelah beberapa saat,dia pun rebah ke tanah jurus mencari-cari kenderaan untuk dinaikinya bertemu Steve.Tiba-tiba beliau terlihat sebuah motosikal yang berada dalam keadaan cacat dimana tayar depannya telah hilang.Tanpa berfikir panjang,Kasem ride! motosikal itu bagai pinang ter-belah dua.Wow!Dia meluru ke highway dengan motosikal antiknya tanpa memikirkan pengguna-pengguna jalan raya yang lain.
Tanpa ragu-ragu,Kasem terlanggar bahu jalan dan terpelanting berpusing-pusing ke udara seperti atlet terjun negara yang professional.Beliau terbaring kaku disitu."Steve,tolong aku"itulah perkataan terakhir yang keluar dari mulutnya.Tiba-tiba,
YOU ARE READING
Tuah Seorang Petani Proffesional:Abu Kasem
RomanceRasai,hayati dan nikmatilah kisah hidup seorang petani professional,Abu Kasem yang sangat epik.Pelbagai dugaan,cubaan rintangan dan tentangan yang dihadapi olehnya demi mengecapi satu matlamat yang mengubah dunia. Demi kasih,demi kehormatan,demi mar...