Bab 5

10.9K 614 25
                                    


Tiba sahaja di hadapan syarikat Group Perdana Jaya Enterprise,Tengku Daniel terus menuju ke bilik keselamatan dan aku pula terpaksa mengikutinya.Maklumlah,aku kan kuli dia.Sampai di sana,pak cik penjaga itu agak terkejut melihat perwatakan Tengku Daniel.

"Eh?Tuan?" Laju pak cik itu bangun daripada kerusi.

"Saya tak ada masa untuk dibuang.Cepat tunjukkan saya CCTV tarikh 26/4 dekat hadapan bilik datuk."Laju sahaja mamat ini bertindak.Secara drastik wajah dan nadanya menjadi serius.Disebabkan permintaan Tengku Daniel,kalut pak cik penjaga itu melakukan tugasnya.

"Err,waktu bila tuan?"

"Emm,9.30? No! 9.32 minit.Cepat!" Gesanya lagi.

Hish,kesianlah dekat orang tua tu.Gumamku dan memerhatikan sahaja tindakan mereka.

Pak cik itu menekan satu butang dan terpapar di skrin CCTV pada waktu 9.32 minit di hadapan bilik datuk.Pada waktu itu,terdapat seorang lelaki yang berbadan gempal sedang menunggu di luar bilik datuk.Dia meninjau-ninjau ke dalam dan mundar-mandir di hadapan bilik.Aku memerhatikan lagi begitu juga Tengku Daniel.Kemudian,imej Tengku Daniel yang baru keluar daripada bilik datuk muncul dan aku dapat menangkap Tengku Daniel sempat mengerling kearah lelaki berbadan gempal itu.Aku merapati Tengku Daniel.

"Siapa lelaki tu?" Bisikku.

Riak Tengku Daniel berubah.

"Rasyid." Katanya dengan geram.

Kenapa dengan mamat ni,bad mood je?

Kami memerhatikan CCTV itu lagi dan ternyata lelaki yang digelar Rasyid itu meraup wajahnya kemudian berlalu pergi.Itu je?

"Damn! Dia tahu ke?" Desis Tengku Daniel.Aku semakin bingung.

"Lepas dekat hadapan bilik datuk,mana lelaki ni pergi?" Soalnya lagi.

Pak cik itu meneliti satu persatu rakaman yang terdapat di skrin.

"Dia terus menuju ke pejabat dan sambung kerja seperti biasa tuan."

Muka Tengku Daniel semakin berkerut seakan-akan dia turut bingung apa yang terjadi.

"Tak apalah,saya nak pergi pejabat.Thanks by the way." Laju katanya dan terus keluar daripada bilik keselamatan.Ish,laju sangatlah mamat ni!

"Awak,perlahan la sikit."

Dia tidak mengendahkanku.Hey,aku cekik-cekik jugak.

"Laju sikit."Arahnya dan aku hanya menjeling tajam.Kami masuk ke dalam bangunan syarikat tersebut dan aku agak tergamam dengan ruang lobi yang besar dan canggih.Wow! Aku pernah nampak ruang syarikat ni dalam majalah,tak sangka betul-betul besar dan cantik macam ni.Aku leka seketika sebelum sambung kembali mengikuti Tengku Daniel daripada belakang.Tidak sempat Tengku Daniel menekan butang lif,satu suara memanggilnya daripada belakang.

"Daniel!"

Kami berdua menoleh serentak.

"Pak cik Rahim!" Tengku Daniel kedengaran teruja.

"Pak cik dah agak kamu akan datang! Kamu dah tengok rakaman CCTV ke?"

"Sudah pak cik,tapi saya tak faham macam mana dia boleh berlagak seperti-."Tidak sempat Tengku Daniel berkata,pak cik yang digelar Rahim memotong percakapanya.

"Pak cik dah periksa surat berhenti dia Daniel,ini dia."

Hulur pak cik Rahim satu sampul surat berwarna putih.Laju Tengku Daniel membuka dan membaca surat tersebut dengan teliti.

Dia bagaikan 'Hurricane'Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang