Bab 38

19.9K 648 89
                                    


Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.


"The truth will set you free,but first it will piss you off."

-Gloria Steinem



Saat berdetik dan masa semakin berlalu.Daniel pergi dan hantar aku balik macam biasa.Tak ada apa-apa yang menarik yang berlaku diantara kami kecuali aku perasan bahawa Daniel semakin sibuk.Dia terlalu sibuk sehingga aku sudah terbiasa balik lewat untuk menunggu dia menamatkan 'meeting'.Oh ya,cakap pasal khabar angin.Korang rasa khabar angin tentang aku telah surut? Tak langsung.Khabar angin tu makin teruk.Akhirnya,satu syarikat sudah tahu tentang aku dan Daniel.

Haiihh.

Walaupun banyak benda yang berlaku,aku cuba mengendahkan renungan orang ramai dan memekakkan telinga.Rozana dan Racheal pula semakin hari semakin teruja tentang hari perkahwinan aku.Aku tak tahu hendak fikir apa lagi.Sehingga sekarang aku tak percaya macam mana aku boleh terlibatkan diri dengan Daniel.Tapi satu aku tak boleh tipu.Aku betul-betul rasa selamat bila selalu dekat dengannya dan aku sukakan perasaan itu.Dan,hari ini menjelma juga :

"Aku terima nikahnya Nur Hanani Binti Haji Ibrahim dengan mas kahwinnya seribu xxx,tunai!"

Aku memandang Daniel dengan perasaan yang gemuruh.Namun wajah Daniel nampak sungguh serius.Ish,tak gemuruh ke mamat ni?

"Sah?"Soal tok kadi.

Semua orang yang berada di situ menganggukkan kepala.Akhirnya,Daniel melepaskan nafas lega.

"Alhamdulillah!"

Aku terdengar suara abah dan mak memelukku dengan erat.Aku tersenyum lebar.Air mata yang ingin turun cuba aku tahan.Hissh,musnah mekap nanti!

"Daniel,pakaikan cincin dekat jari Hanani!"

Aku menangkap suara Datin Miza dan laju aku memandang Daniel.Dia mengambil cincin dan tersenyum kearahku.Senyumannya nampak betul-betul gembira.Aduh,cair juga aku dekat sini.Tipulah kalau aku kata mamat ni tak nampak segak pakai baju pengantin hari ni! Hampir gugur jantung aku melihatnya buat pertama kali tadi.Dia macam model dalam majalah kalau nak dibandingkan dengan aku.

Daniel menyarungkan cincin di jariku dan cepat-cepat aku mencium tangannya.Satu perasaan pelik hadir dalam hatiku namun laju aku menepis.Tidak sempat aku melepaskan tangan kami,Daniel menarik kembali tanganku.

"Why so rushing?"

Dia berbisik di telingaku sambil tersenyum nakal membuatkan mukaku menjadi merah.Secara tiba,dia mencium dahiku lama membuatkan aku terkejut.Namun aku cuba mengawal riakku kerana terdapat beberapa orang fotografi yang mengambil gambar kami.Aduh,hati aku bagai nak meletup nih!

"Hani milik abang sekarang."

Bisiknya sebelum berlalu pergi kearah abah.Aku tergamam seketika apabila mendengar Daniel menggelarkan dirinya 'abang'.Apa yang terjadi? Lamunanku hilang apabila aku terasa bahuku disentuh.Toleh sahaja belakang aku sudah melihat wajah Datin Miza yang seakan-akan bercahaya dengan kegembiraan.

Dia bagaikan 'Hurricane'Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang