Bab 6

11.1K 538 10
                                    



Apabila semua masalah terungkai,Tengku Daniel mengaku bahawa Rasyid tidak bersalah dan pak cik Rahim meminta maaf pada pihak polis.Rasyid juga telah memberikan Tengku Daniel surat berhenti kerja yang dia terima di rumahnya.Akhirnya,polis beredarkan diri apabila pak cik Rahim tidak putus mengucapkan maaf atas kesulitan yang diberi.Pak cik Rahim memandang Rasyid dengan riak bersalah.

"Maafkan saya dan juga pihak syarikat Group Perdana Jaya,kalau saya tahu kamu dipermainkan tadi saya takkan panggil polis.Maafkan saya."Kata pak cik Rahim dengan lemah.

Rasyid tidak menjawab namun hanya menghadiahkan jelingan tajam.Apabila tidak mendapat respon daripada Rasyid,pak cik Rahim mengeluh.

"Saya keluar dulu." Pak cik Rahim meminta diri dan menangkap pandanganku.Dia terlihatku dan menguntumkan senyuman lemah.Aku pula membalasnya dengan kekok.Aduhai.

Tengku Daniel melihat Rasyid.

"Aku minta maaf daripada pihak syarikat aku yang memberhentikan kau.Dan...Salah faham tadi."Tengku Daniel berkata perlahan.Rasyid masih seperti tadi,menghadiahkan jelingan tajam kepada Tengku Daniel pula.Mungkin hatinya sudah benci dan berapi melihat Tengku Daniel dan pak cik Rahim yang hampir membuatkan dia masuk ke dalam lokap.Kalau aku pun memang marah macam tu.

"Esok datang syarikat balik."Tengku Daniel kata buat kali terakhir dan berlalu pergi daripada situ.Aku dapat tangkap riak muka Rasyid yang agak berubah.Gembira dan terkejut mungkin.Dengan tercengang-cengang aku mengikuti Tengku Daniel pergi kearah pak cik Rahim.Pak cik Rahim kelihatan sedang berbincang dengan seseorang di telefon.Mulutnya terkumat kamit.

"Baik tuan.Ya,ya..Saya dah telefon pihak tu tadi.Ok,ye.Saya datang ke syarikat sekarang."Pak cik Rahim memutuskan talian dan memandang Tengku Daniel.Rautnya kelihatan sungguh lemah dan penat.Aku berasa kasihan.

"Pak cik kena pergi Daniel.Ayah kamu tak tahu lagi tentang hal ni.Kamu nak pak cik maklumkan ke pada-."

"Tak pak cik.Biarkan ayah tak tahu,saya tak nak ayah risau."Balas Tengku Daniel.

Pak cik Rahim menganggukkan kepalanya dan melepaskan keluhan.

"Baiklah kalau begitu,pak cik minta maaf sangat terburu-buru panggil polis dalam hal ni.Pak cik yakin sangat Rasyid yang buat tadi,dengan semua bukti yang pak cik tahu.Haiih.."

Tengku Daniel tersenyum.

"Tak apa,saya tak salahkan pak cik langsung.Terima kasih pak cik,kesetiaan pak cik kepada ayah dan syarikat kita memang saya hargai."

Pak cik Rahim tersenyum.

"Pak cik bukan apa,ayah kamu banyak berjasa pada pak cik."

"Pak cik,kalau penat berehatlah dulu ye."Aku menyampuk secara tiba-tiba.Aku betul-betul kasihan melihat pak cik Rahim yang sudah berumur namun menanggung kerja pejabat yang berat.Kuat betul orang tua ni.Tengku Daniel agak terkejut dengan keprihatinanku.

"Terima kasih,cik-?"

"Hanani."Senyumku.

"Thanks for your concern miss Hanani.Saya hargainya.Assalammualaikum."

"Waalaikummussalam."Aku dan Tengku Daniel jawab serentak kemudian melihat pak cik Rahim masuk ke dalam keretanya dan berlalu pergi.Tanpa membuang masa,Tengku Daniel menuju ke keretaku dan masuk ke dalam perut kereta.Eh,tak duduk dekat tempat pemandu pulak mamat nih? Aku terus masuk ke dalam kereta.

Tengku Daniel melihat kertas pemecatan Rasyid dan projek palsu di ribanya.

"Siapa yang hantar surat ni dekat Rasyid?" Dia mengeluh sendirian.Sunggul sungguh wajahnya.

Dia bagaikan 'Hurricane'Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang