Bab 25

10.2K 544 9
                                    

Selesai makan di restoran Western Food,aku mengucapkan selamat tinggal kepada Zulaikha dan pulang ke syarikat Group Perdana Jaya bersama Khairi.Tiba di syarikat, kami menaiki lif bersama.

"Seronok dapat lunch dengan korang hari ni."Kata Khairi.

"Kan.Nanti ada masa kita lunch sama-sama lagi."Kataku

Pintu lif terbuka dan Khairi keluar dahulu.

"Ingat Hani,peluang aku masih terbuka."Khairi tersenyum nakal.

"Nampak ni."Kataku sambil menunjukkan buku lima.

Khairi tergelak dan menuju ke mejanya sendiri.Aku pun ingin berlalu ke mejaku sehinggalah susuk tubuh Ayuni muncul di hadapanku.Terkejut aku dibuatnya.

"Kenapa Ayuni?"

Ayuni tidak menjawab malah menghulurkan aku satu fail yang agak tebal.

"Ini kerja kau untuk hari ni,copy balik lepastu buat kiraan dia sekali.Oh,aku nak kau siapkan hari ni jugak."

Aku menerima fail itu dengan kalut.Siapkan hari ni jugak?! Tebal gila kut! Aku memandang wajah Ayuni dengan tidak percaya.

"Siapkan hari ni?! Ta..Tapi Ayuni fail ni tebal kut."

"Kau yang nak kerja sangatkan tadi.Sekarang aku dah bagi nak bising pulak.Pergi sana buat kerja!" Herdiknya dan ingin berlalu pergi.Aku memandang fail itu dengan wajah berkerut.Aissh,ini mesti kes dia nak buli aku pasal mamat sewel nih!

"Ayuni tunggu."

"Hissh,what?!" Rimas Ayuni dan memandang wajahku dengan bengang.

Aku menatap wajah Ayuni dengan lama.Cuba memikirkan kata yang sesuai untuk mengatakan hal ini.

"Macam nilah,saya tahu macam-macam yang awak fikir tentang saya dengan bos tadi.Tapi tu semua tak betul,saya dengan bos tak ada apa-apa.Betul."Kataku.

Ayuni menjongketkan satu keningnya dengan curiga.

"Tapi apa yang aku nampak tadi lain."

"Dia senyum je dekat saya! Benda tu tak ada apa-apalah!"

"Well,boss never smile to anybody in this office.Dan saya nak pastikan saya yang akan jadi orang pertama.Tapi nampaknya hari ni,kau telah merosakkan hari aku Hanani.Sekarang buat kerja kau."

What?! This is unfair! Arggh,benci gila aku dengan mamat tu!

"Wajib ke saya siapkan hari ni?" Soalku.

"Yes,esok bos nak bincangkan hal tu.Jadi lain kali,kalau tak nak dapat kerja macam ni.Jauhkanlah diri daripada bos."Kata Ayuni dan sempat menghadiahkan aku senyuman sinisnya.

Aduh,dia sengaja bagi aku kerja yang penting macam ni! Aku melepaskan nafas dengan tidak puas hati dan memandang wajah Ayuni tepat-tepat.

"Baiklah,saya cuma ada tiga perkara nak cakap pada awak.Pertama : Satu syarikat tahu yang bos kita dah ada awek dan dia milik Lyana.Clearly not you."

Wajah Ayuni berubah bengang.

"Kedua : Saya takkan bergaduh kerana lelaki kecuali lelaki itu adalah suami saya sendiri.And lastly,saya sedar berbincang dengan awak akan membuatkan hubungan kita regang,jadi saya akan siapkan kerja kasih sayang yang awak bagi ni hari ni jugak.Satisfied?" Kataku dengan geram juga dan terus berlalu ke tempatku.Sempat aku terdengar dengusan Lyana namun aku cuba membuat bodoh.Arghh! Apahal ramai sangat yang minat dengan mamat tu? Perangai sudahlah teruk! Dengan hati yang walang aku bergerak ke meja dan duduk dengan geram.Aku menghidupkan komputer dan melihat skrin yang terpapar.Aku menggerakkan tetikus namun kursornya tidak bergerak langsung.Wajahku sudah berkerut seribu.

Dia bagaikan 'Hurricane'Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang