Nurin Asyfa. Nama yang tercatat dalam sijil kelahirannya. Indah nama tu , kan ? Bukan syok sendiri, ramai yang puji nama tu sedap apabila pertama sekali diperkenalkan. Sebab itu nurin berani canang . Menurut ayah, maksudnya pun baik iaitu cahaya penyembuh . Boleh menyihatkan orang atau setidak-tidaknya buat hati yang melihat rasa tenang dan bahagia.
Tetapi entahlah... rasa-rasanya terbalik kut.
Hakikatnya sebenar, hidup dia tidak seiring namanya....
" nurinnnnnn !!!"
Suara puan Azah sudah bergema.
"Ya, ma. Nurin datang ni "
Laju kaki nurin melangkah ke ruang makan , tempat datangnya suara tersebut. Dia tahu akibatnya kau dia berlengah-lengah . Hampir dua puluh empat tahun pengalaman, klau nurin tak faham-faham juga , maka betullah oerkatan dungu yang selalu dihamburkan kepadanya .
"Kamu ni .... dah nak jadi anak dara
tua pun masih tak pandai rebus telur untuk aku . Apa punya anak, tak boleh
di harap langsung !"
" Zah , awal-awal hari cuba bawa bersabar sikit",
tegur Encik Arshad . Dia kurang senang
dengan sikap isterinya yang terjerit-jerit pada pagi buta .
Nurin yang sudah tercegat di hadapan meja cuma mendiamkan diri . Matanya terkebil -kebil. Seperti hari -hari biasa , hatinya selalu tertanya -tanya , terlalu besarkah dosanya sehingga dilayan sebegini oleh emaknya .