JNA 5

394 3 2
                                    

ESOKNYA, Nurin sampai rumah dari tempat kerja pada pukul sembilan malam. Dia kena habiskan kerja-kerja audit akaun untuk sebuah syarikat perkapalan. Lagipun Nurin lebih suka berada di pejabat bila mengenangkan wajah mengejek shallot terhadapnya. Tentu terherot-herot muka Zurin bila akhirnya menang merebut bilik dari dia dan Fatin. Fatin Auni menerpa sebaik sahaja Nurin menongkat skuternya. Adik manja itu memeluk Nurin dan menangis teresak-esak. "Kenapa ni sayang?" Soal Nurin, walau dapat agak apa yang telah berlaku. Dia balas pelukan adiknya denga penuh rasa kasih. "Barang-barang kita kakak, habis kena baling keluar". "Hurm...tak apalah. Nanti kakak kemaskan, jangan sedih-sedih , kakak kan ada? Kakak kuat untuk jadi bibik Fatin tau!" . Pujuk Nurin. Dia angkat dua tangan untuk tayang lengan seperti seorang body builder. Fatin mula ketawa. Sikitpun kakaknya tak gagah. Nurin pimpin tangan Fatin masuk ke rumah dan mereka sama-sama melangkah ke tingkat atas. "Ya Allah, Ya Tuhan!" Terjojol mata Nurin lihat barang-barang mereka berdua. Bersepah-sepah, dari muka pintu bilik lama mereka, yang kini telah rasmi menjadi bilik Si Shallot kurang asam, ruang rehat tingkat atas, sehinggalah ke muka pintu bilik baru . Berterabur semua benda. Paling menyakitkan mata dan hati , Zurin sengaja susun baju-baju kecil Nurin membentuk satu garisan memanjang. Ada nota pula tu di hujungnya : Sotong-sotong ni kalau dihumban ke laut, habis semua ikan mampos! Busuk! Apa la punya taste, tak ada kelas langsung! Kurang ajar betul! Suka hatilah orang nak pakai yang berkelas ke tidak! Benda dalam, siapa nampak? Kau tu lainlah , main tunjuk-tunjuk, tonjol-tonjol , kenalah yang berkelas. Bebel Nurin sekadar dalam hati. Dia tak mahu Fatin melihat sikap tidak baiknya. Dia ingin menjadi contoh kakak yang baik pada Fatin. "Kan adik dah cakap tadi, kakak tak percaya. Itu yang adik sedih hati. Kenapa Kak Zurin tu jahat ? Tak macam kakak yang baik?" Fatin mula hendak menangis semula. "Mana ada dia jahat sayang. Mungkin orang Australia main-main cara gini, Kak Zurin tu mungkin hendak bergurau dengan kita aje". "Iya ke kakak? Macam permainan orang mental saja? Ni...adik dah tak larat nak kemas, homework cikgu bagi banyak hari ni". "Isk, tak apa adik. Kejap aje tu kakak kemaskan nanti, adik cuma duduk dan lihat saja macam Tuan Puteri Hang Li Po". Nurin cuit pipi adiknya yang comel. Pintu bilik yang baru dibuka. Huh! Setahu Nurin, selama empat tahun bilik ini bersih dan kemas sahaja, emak selalu ambil berat fasal harta benda anak kesayangan dia. Alih-alih pula malam ini mengalahkan kapal karam. Busuk betul hati perut Zurin ni, dari sejak dia lahir ke dunia ini, hinggalah umur 23 tahun , tak habis-habis dengan agenda jahatnya. Apalah dosa Nurin pada dia. Nurin mulakan dengan mengemas katil. Cadar katil bilik lama yang digumpal-gupal Zurin dibentang atas tilam dan ditegangkan. Sebenarnya, katil di bilik ini lagi cantik dan baru. Entah kenapalah Zurin tak mahu , Nurin tak dapat memikir, entah-entah esok lusa dikerjakan emak supaya beli yang baru untuk bilik barunya. "Dah siap!". Nurin sengih pada Fatin. "Adik landing sini dulu eh, biar kakak buat yang lain pula". Dia tepuk-tepuk tilam untuk Fatin. Mata kemudiannya melerek pada kain baju yang berterabur Hurm, mahu tak tidur malam ni. Pantang Nurin tidur dalam bilik berselerak, takut dapat mimpi ngeri. Mimpi kena cekik hantu ke ( semestinya hantu Si Shallot ), mimpi Zurin gantung diri dekat tali ke dengan mata terbeliak ataupun boleh juga mimpi emak gelek dia sepuluh kali dengan kereta kebal , di hadapan popo yang meraung-raung. Kalau mimpikan Alan, best, 50 kali mimpi pun tak apa, lapang saja fikiran bila bangun tidur, sengih lagi ada. Nurin...Nurin, itu saja lelaki yang dia ada. Itupun sekadar abang angkat, bukan kekasih hati, apatah lagi suami. Kasihan Nurin. Nasiblah Nurin, jangankan lelaki, orang perempuanpun tak berapa nak kawan dengan dia. Agaknya malu kut, Nurin tidak seperti orang lain. Isk...sudah-sudah la mengelamun, kerja banyak menanti. Cepat buat, cepat boleh rehat. Mujur perut dah di isi set Dinner Plate KFC di pejabat tadi. Tuan Zainal belanja. Bos besar Nurin tiba-tiba datang pejabat pukul enam petang tadi. Agaknya buat spot check tu, nak lihat staf mana yang rajin siapkan tugasan, ataupun nak lihat dia orang main-main ke tidak waktu kerja lebih masa. "Hahaha, sukanya hati aku dapat perdajal kau. Pertama , aku akhirnya dapat juga bilik ni. Kedua, puas hati aku buat kau susah malam ni. Dah lama tak buat, rindu pulak!" Semasa Nurin mengutip kain baju di luar, termasuk sotong-sotong kering yang berbaris tu, Si Shallot jahat ketawa dan perli-perli dengan berlagaknya. Nurin buat-buat tak tahu, malas layan . Perempuan gila , desis hatinya. Melihat rupa Nurin yang bersahaja , Zurin jadi sakit hati. Letih dia buat jahat, tetapi perempuan cacat tu selamba sahaja. Dia kemudiannya angkat sotong Nurin yang masih tertinggal lalu dilambung-lambung sambil ketawa-ketawa. "Masa kat Aussie, inilah mainan aku dengan kawan-kawan mat saleh sana, tapi tak mainlah yang murah macam ni. Paling-paling kurang kami nak baling-baling yang AUD 50. Yang macam ni , geli nak pegang. ". Perli Zurin dengan berlagaknya. Nurin tahan hati jangan jawab apa-apa. Biar Shallot bertambah bengang bila dia tak beri reaksi . "Hei perempuan! Aku cakap deng...." Telefon bimbit Nurin yang masih dalam poket seluar tiba-tiba berbunyi kuat. Sengaja Nurin kuatkan volumenya sebelum menunggang skuter masa balik tadi. Alan! Abang Alan memang la hero Malaya. Namun bila dengar suaranya, hati yang tabah ini terus jadi tak tabah, mulalah air mata hendak luruh. "Yien? Kenapa diam saja?" "Ya...ya Abang Alan". Nurin langsung terlupa dia berada di hadapan Shallot busuk . Terperasan Shallotbuntang mata dengar nama 'Abang Alan' disebut, baru Nurin tersedar, lantas dia masuk bilik. Zon bahaya. Shallot tu ada-ada sahaja idea jahatnya. Nurin dah faham dah, ribu-ribu kali terkena. Jadi kena hati-hati , ada-ada saja yang memerhati... "Ni mesti ada yang tak kena kan?" "Hurm , biasalah Abang Alan, bila dia sudah balik. Rasa nak keluar saja dari rumah ni". Nurin mengeluh. Dia duduk di sisi katil . Sambil merenung wajah Fatin yang sudah lena. "Tapi masalahnya abah tak kasi menyewa di luar. Selagi masih di bawah tangunggannya". Sambung Nurin. Jeda sebentar. "Jom kita kahwin!" . Alan bagi cadangan spontan. Nurin tak jadi sambung sentap. Terus tergelak kuat. "Gelak... gelak!". Orang sungguh-sungguh , dia gelak. Omel Alan dalam hati di muka pintu rumah buruknya. Yalah Alan, tak sedar diri langsung kamu tu, Tuhan tak ada, wangpun tak ada, ada hati mahu kahwin dengan gadis sebaik dan sebagus Nurin? . Bebawa simpan diam-diamlah niat tu Alan! "Okey, jom kita pi kahwin! Selesai masalah Yien. Hahaha". Provok Nurin. "Meimei...". Suara Alan bertukar perlahan. Tengok tu, tadi ajak kahwin, sekejapan saja terus cancel , dah panggil meimei balik. Nurin hanya sesuai menjadi seorang adik. Mana ada lelaki yang serius hendakkan dia kan, malu masa sarung cincin. "Meimei ...dah pindah bilik kan?" " Ya Abang Alan. Bilik kecil, kongsi dua orang". "Boleh meimei pergi ke tingkap sekarang?". Bingkas Nurin bangun menuju tingkap ,segera ikut arahan Alan. Entah apa ada di tingkap tu dia tak pasti. Selalunya Alan jika menyuruh buat sesuatu, mesti dengan alasan yang berbaloi. " Okey, cuba pandang ke rumah Uncle Wong" Alan tengah senyum dan buat flying kiss di pintu rumahnya. Jelas dapat dilihat di bawah cahaya lampu kalimantang. Rupa-rupanya dari jendela bilik ini, boleh terus nampak rumah Uncle Wong . Nurin tidak tahu selama ini. Dia bukan boleh masuk lama-lama ke sini sewaktu Zurin Shallot tiada dan langsung tak ada peluang jika perempuan itu ada di rumah. "Nampak tak anak teruna Uncle Wong yang gourgeos tu ?" "Hahaha. Nampak... nampak. Anak Uncle Wong macam tengah gatal je" "Happy tak ?" "Tentu la Abang Alan. Boleh kita bersidang tiap-tiap malam". "Bagus kan? Boleh buat meetingpintu~ tingkap , di bawah cahaya rembulan" Nurin tertawa riang. Sungguh-sungguh dia suka. Bila mood sedih menyerang nanti, dia akan seru Alan ke muka pintu. Dapat pandang wajah bahagia lelaki gentleman itu. "Moralnya dua-dua adik di atas sana jangan sedih-sedih tinggal dalam bilik kecil sebab dapat pandang abang handsome bila-bila masa suka. Tak kena bayar apa-apa, boleh lihat seberapa lama mau". Mengekeh lagi Nurin ketawa. "Kau couple dengan Cina belakang tu ke?" Zurin Shallot sergah sebaik sahaja Nurin mematikan talian telefon. Tak beradab langsung, main terjah je ke bilik orang tanpa salam, tanpa ketuk pintu. "Mana ada. Orang sedar la diri orang siapa..." . Akui Nurin jujur. Zurin senyum sinis. "Tak . Tapi bercakap macam orang angau sakan. Manja-manja, gelak-gelak". "Abang Alan tu kawan dengan orang dari kecil, kami dah biasa macam tu". Zurin mencebik ."Kalau ya pun apa salahnya, memang padan sangat . Kau kudung, sesuai la dengan apek papa kedana macam tu. Tak payah berangan la nak dapat jantan bagus-bagus. Ngap saja apek sepet tu sebelum terlepas". Zurin keluar dengan gelak macam orang gila selepas itu.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 04, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jujurlah nikahi akuWhere stories live. Discover now