JNA 4

226 2 0
                                    

“EMAK!”. Sekuat-kuat suara Zurin Asyura menjerit dari tingkat atas. Dengan bibir muncung sedepa dia berlari menuruni anak tangga mendapatkan Puan Azah yang  tercengang-cengang di bawa                        “Emak, kenapa bilik Zurin tak siap lagi?”                        “Bilik mana?”.                        Hairan Puan Azah, bilik anak kesayangannya sudah dibersihkan, siap sembur Febreeze hampir sebotol lagi, apanya yang belum siap? Seharian dia buat sendiri semalam. Lainlah kalau Si Nurin yang buat, sudah tentu tak sebersih mana, sebab itu dia tak harap sangat.                          “Bilik Zurinlah! Bukankah Zurin  telefon mak nak  bilik besar tu ? Kenapa  Nurin dan adik masih ada di situ? Zurin tak naklah kongsi-kongsi bilik!”                        “Laa...mana ada kongsi. Bilik anak emak  mestilah sorang-sorang. Nurin kongsi dengan adik , biarlah besar sikit biliknya. Dah lama kan dia orang guna bilik tu, sebelum Zurin pergi lagi? Zurin bukankah ada bilik sendiri dari dulu-dulu?”                                   “Zurin tak nak bilik tu! Zurin dah cakap pada mak kan? Bilik tu kecil, dah tu pula kena share bilik air dengan bilik tamu. Zurin tak nak! Zurin nak bilik yang dia orang tinggal. Emak tak adil, bilik tu cantik , kenapa dia orang yang tinggal?”.                        “Kasihanlah adik Zurin. Bilik tu besar sikit untuk dua orang”.                        “Zurin tak kira, nak juga bilik tu. Jika tak Zurin nak tinggal dengan kawan Zurin di KL, tak nak tinggal sini”.                        “Yalah...yalah , hari ahad  ni  mak suruh Nurin dan adik pindah bilik, tapi janji dengan mak jangan sekali-kali minta pindah keluar dari rumah ni. Zurin saja harapan mak, kakak kamu tak boleh diharap langsung”.                        Wajah Zurin girang semula. Sudah lama dia mengidam bilik itu, lebih besar , ada bilik air sendiri, pemandangannya juga cantik, menghala hadapan rumah. Tidak seperti biliknya sekarang, menghadap rumah buruk Cina di belakang. Semak mata sungguh setiap kali jengok tingkap.                        “Alaa mak, hari ni baru hari rabu, lambat lagi nak tunggu hari ahad tu. Tak boleh ke esok saja?”                        Lama Puan Azah memerhati wajah si anak. Empat tahun di Australia, tidak sedikit mengubah perangai demand Zurin. Baru sahaja pijak kaki ke rumah, dia dah mula meminta dan menggertak. Namun, inilah anak yang buat hati dia bahagia. Pandang wajahnya sahaja hati Puan Azah merasa gembira, apatah lagi dengan suara-suara manjanya. Si adik bongsupun tidak punya kuasa begitu.                        “Tapi esok adik sekolah, Nurin pula kerja. Macam mana nak pindah sayang?”                        “Tak apa, Zurin boleh tolong pindahkan barang-barang dia orang. Tak perlu pindah perabot okey.”.                        “Iya?”                        “Iya...mak jangan risau dan tak perlu tolong. Zurin buat sendiri esok”. Zurin cium pipi emaknya sekilas, lantas berlari-lari pula memanjat tangga ke tingkat atas.                        Nurin Asyifa yang  memasang telinga di tingkat atas cepat-cepat masuk ke biliknya. Sayu  hati. Sudah lama dia tinggal di bilik ini. Sejak Fatin berpisah tempat tidur dari emak, di sinilah tempat mereka berdua. Fatin takut tinggal seorang, sebab itu emak tetapkan dia sebilik dengan adiknya. Melepaskan tanggungjawab  ibu pada Nurin , pun iya juga. Segala hal ehwal Fatin , telah menjadi tugas Nurin selepas itu. Emaknya jarang peduli sangat.                         Belumpun satu malam balik , Zurin shallot telah melancar serangannya yang pertama. Selepas ini , Nurin kenalah menambah peratus ketabahan mentalnya. Empat tahun dia sudah bersenang lenang tanpa peluru Zurin, kini tiba masanya dia kena membina benteng  yang kuat. Tambahan saham Zurin makin tinggi, orang baru balik belajar luar negara, rupa pula semakin cantik kan, mesti la lagi eksyen .  Zurin yang beza umur hanya satu tahun dari Nurin, tak pernah pandai menghormati dia sebagai kakak. Setiap saat perangai dia sungguh menyakitkan hati.                        Nasib baik ada dim sum yang dibekalkan Alan petang tadi. Dapat juga pujuk hati Nurin yang tercalar malam ini. Kunyah dim sum perlahan-lahan buat dia lupa sekejap fasal  sikap si adik yang teramat ‘baik’ padanya.  Sebab itu, setiap kali tahu Nurin bersedih, pasti Alan buatkan dim sum untuknya. Alan tu, tahu saja apa yang ada dalam hati Nurin.  Segala keluh kesah Nurin. Sayang ‘Abang Alan’!                        Nyum...nyum...nyum. Bayangkan wajah   Alan buat hati Nurin disimbah bahagia. Alan yang kacak, hingga Nurin sikitpun tak hairan dengan aktor-aktor Korea yang digila rakan-rakan pejabatnya, lebih-lebih lagi rakan-rakan facebook. Dan  yang paling penting Alan tu sangat baik serta ambil berat fasal Nurin. Thumbs up banyak-banyak untuk Alan.

Jujurlah nikahi akuWhere stories live. Discover now